Stesen K4UAH-6 melepasi Ayan, Rusia


Stesen K4UAH-6 pada pagi ini, melepasi Ayan merentasi tanah besar Rusia. Menghampiri semula ke negara China. Nampaknya datang semula ke tempat yang sama beberapa minggu yang lepas. Terpaksalah menunggu arus berpatah balik ke timur bagi melengkapkan misi.

Ketika ini, arah bertentangan menyebabkan masih belum melengkapkan satu pusingan glob lagi.

 Jam 15:28 kelajuan 41 km/h dengan bearing 228 darjah. Altitud ketinggian 13060m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator PO55PL.

Jam 15:58 kelajuan 41 km/h dengan bearing kekal 228 darjah. Altitud ketinggian kekal 13060m dengan suhu kekal 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator PO55MI.

Jam 16:08 kelajuan 41 km/h dengan bearing 228 darjah. Altitud ketinggian turun kepda 13000m dengan suhu meningkat 10 darjah celsius. Tenaga solar turun 3.90 volt. Locator PO55LH.


Jam 16:18 kelajuan semakin laju kepada 63 km/h dengan bearing 209 darjah. Altitud ketinggian 13060m dengan suhu kekal 10 darjah celsius. Tenaga solar 3.90 volt. Locator PO55KF.

Stesen VE7DSS-N semakin dihampiri oleh K4UAH-6. Jika bearing kekal ke arah barat daya, pasti akan memasuki semula ke negara China. Lokasi yang sama terperangkap selama tiga hari di situ.





 

No comments:

Post a Comment

Marine Radio VHF

  Frekuensi Marin VHF Saluran 70 untuk kecemasan 156.525MHz Radio telefon Saluran 6   156.300MHz Saluran 13 156.650MHz Saluran 16 156.800MHz