Stesen K4UAH-6 berada di Sosnovo-Ozerskoye, Buryatiya Rusia


Tengah hari ini, stesen K4UAH-6 telah meninggalkan jauh Tasik Baikal. QTH terkini di Sosnovo-Ozerskoye, Buryatiya, Rusia. Waktu tempatan sama seperti waktu di Malaysia. Sebelah pagi penulis tidak sempat menjenguknya kerana ada PdPR.

Jam 12:48 kelajuan 31 km/h dengan bearing 89 darjah terus menghala ke timur. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar tengah  hari ini adalah 4.50 volt. Locator OO53RJ.

Jam 14:58 kelajuan 15 km/h dengan bearing kekal 89 darjah arah ke timur. Altitud ketinggian kekal 12660m dengan suhu sekitar 10 darjah celsius. Tenaga solar yang dicerap petang ini kekal tinggi 4.40 volt. Locator OO53UK.

Jam 15:58 Altitud ketinggian 12720m dengan suhu kekal 10 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.40 volt. Locator OO53UK. Data menunjukkan dalam masa satu jam K4UAH-6 tidak berganjak tetapi ketinggian meningkat.

Jam terakhir 18:08 altitud ketinggian 12660m berserta suhu 0 darjah celcius. Tenaga solar yang berbaki 3.60 volt. Locator OO53UI. Nampaknya QTH terakhirnya telah bertukar ke arah barat pula. Esok tunggu kedudukan terkini K4UAH-6 meneruskan misi seterusnya.

 

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...