Stesen K4UAH-5 di Florida dan K4UAH-6 di Canada

 



Penerbangan K4UAH-6 di atas pada 7 Jun 2021 jam 23:28. Ketika itu, stesen K4UAH-6 telah berada di ruang angkasa Canada. Altitud 12600m dengan kelajuan 87 km/h serta bearing 50 darjah. Tenaga solar yang disimpan sebanyak 4.300 volt dengan suhu 10 darjah celsius. Locator DO52AJ.


Manakala, stesen K4UAH-5 telah berada di Florida, Amerika Syarikat pada 7 Jun 2021 jam 23:26. Altitud 13900m dengan kelajuan yang perlahan iaitu 46 km/h. Pergerakan arah ke timur manakala tenaga solar adalah 4.600 volt. Suhu yang dicapai adalah 15 darjah celsius serta locator EM80EI.


Kedudukan terkini K4UAH-6 hingga jam 2:58 pada 10 Jun 2021 telah menghampri ke United Kingdom. Altitud 13060 m dengan kelajuan 102 km/h dengan bearing 74 darjah. Solar 3.30 volt dengan suhu sekitar 5 darjah celsius. Locator HO93FI.

Seterusnya, stesen K4UAH-5 telah dua hari tidak aktif. Kemungkinan telah hilang di Segi tiga Bermuda. Kedudukan  terakhir melepasi tanah Florida ke arah kawasan yang misteri itu.

Menurut laman web rasmi Space Hardware Club, mengesahkan bahawa K4UAH-5 telah mendarat pada 8 Jun 2021. Pencapaiannya telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 7 kali selepas 107 hari penerbangan.




Kini , hanya tinggal K4UAH-6 meneruskan penerbangan dalam percubaan mengeliling dunia sebanyak mungkin. Telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 6 kali. Penerbangan seterusnya dijangka ke arah negara Skandinavia.

Jam 14:48 stesen K4UAH-6 telah berada berhampiran Pulau Faroe yang terletak di utara Scotland. Altitud 12840m berkelajuan 107 km/h. Tenaga solar yang berjaya disimpan sehingga 3.40 volt. Suhu sekitar adalah 5 darjah celsius serta locator IP61XH. Ketika ini di Pulau Faroe adalah 7:48 pagi.

Jam 14:58 bergerak dengan kelajuan 83 km/h menghala bearing 70 darjah. Altitud meningkat kepada 12900m. Tenaga solar yang diserap turun kepada 3.30 volt. Suhu  sekitar di atas sana adalah meningkat kepada 15 darjah celsius. Locator pula, IP71CI.

Jam 15:18 bergerak dengan kelajuan 96 km/h dengan bearing 55 darjah. Altitud masih 12900m dengan tenaga solar dikumpul semakin meningkat seiring dengan pancaran cahaya pagi yang tersebar luas kepada 3.80 volt. Suhu turun kepada 10 darjah celsius serta locator adalah IP71HL.

Terdapat satu stesen yang aktif berhampiran K4UAH-6. Stesen tersebut adalah GM7AFE di Pulau Shetland, Scotland. Satu lagi stesen yang wujud di pulau ini adalah GM4SLV-9

Jam 15:38 penerbangan semakin perlahan 59 km/h dengan bearing 62 darjah. Altitud masih kekal 12900m serta tenaga solar terus meningkat kepada 4.10 volt dengan suhu 0 darjah celsius. Locator IP71LN.

Jam 15:58 kelajuan 83 km/h dengan bearing 70 darjah. Altitud masih kekal 12900m dan tenaga solar juga kekal 4.10 volt. Suhu sekitar meningkat kepada 5 darjah celsius. Locator IP71QQ.

Jam 16:28 kelajuan dicapai 70 km/h dengan bearing 66 darjah. Altitud meningkat kepada 12960m dengan tenaga solar 4.30 volt. Suhu meningkat kepada 10 darjah celsius. Locator IP71XU.

Kemunculan 2 stesen di Pulau Faroe adalah OY6DDA dan OY1OF-7. Stesen mobile pula adalah OY3SR-9. Seterusnya muncul pula dua stesen iaitu OY6VBV-1 dan OY6EEB-1. Jam 16:48 muncul lagi stesen OY6DDD.

Jam 18:58 kelajuan 74 km/h dengan bearing 42 darjah. Altitud 12900m dengan tenaga solar yang dihasilkan 4.10 volt. Suhu sekitar meningkat kepada 25 darjah celsius. Locator IP92EU.

Jam 19:18 kelajuan 59 km/h dengan bearing 24 darjah. Altitud meningkat kepada 12960m dengan tenaga solar meningkat kepada 4.30 volt. Suhu sekitar turun kepada 20 darjah celsius. Locator IP93HA.

Jam 20:58 kelajuan 59 km/h dengan bearing 23 darjah. Altitud 12900m dengan tenaga solar yang diserap kepada 4.30 volt. Suhu sekitar 5 darjah celsius. Locator JP03BS. Waktu di Norway ketika ini adalah jam 15:58 merupakan negara yang berhampiran dan meninggalkan Pulau Faroe di barat daya semakin jauh.

Jam 21:08 kelajuan meningkat kepada 96 km/h dengan bearing 30 darjah. Altitud semakin meningkat kepada 12960m dengan tenaga solar kekal 4.30 volt. Suhu sekitar pula adalah 0 darjah celsius. Locator JP03DV.

Jam 22:08 kelajuan 85 km/h dengan bearing semakin ke utara 15 darjah. Merujuk laman web Windy.com, arah angin ke utara dengan kelajuan 26 knot. Altitud 12900m dengan tenaga solar 4.20 volt. Suhu sekitar 0 darjah celsius. Locator JP04NM.


Jam 22:28 kelajuan  94 km/h dengan bearing 29 darjah  ke utara. Altitud menurun 12840m dengan tenaga solar 4.30 volt. Suhu sekitar pula kekal 0 darjah celsius. Locator JP04RR. Penerbangan masih mengikut arah angin ke utara. Jikalau ia bergerak ke kiri, kemungkinan besar akan berpatah balik ke arah Iceland. Manakala, jikalau momentum terus ke utara. Pasti K4UAH-6 dapat meneruskan penerbangan mengekalkan misi mengelilingi dunia.


Jam 22:38 mengekalkan kelajuan 94 km/h serta bearing yang sama 29 darjah. Altitud meningkat semula kepada 12900m serta kuasa solar menurun 4.20 volt. Suhu kekal 0 darjah celsius. Locator JP04VX. Waktu di Norway ketika ini adalah 16:38 petang. Ada beberapa jam lagi sebelum matahari terbenam. Mulanya malam melabuh tirai, kuasa solarpun tiada dan tidak aktiflah ia. Menunggulah keesokan paginya pula, bagi mengetahui kedudukan seterusnya.

Jam 23:08 kelajuan 94 km/h dengan bearing 29 darjah mengekalkan momentum ke timur laut. Altitud menurun kepada 12840m dengan kuasa solar yang tinggal meningkat kepada 4.30 volt. Suhu masih 0 darjah celsius lagi. Locator JP15BE.

Jam 23:38 kelajuan semakin perlahan kepada 87 km/h dengan bearing 51 darjah. Altitud kekal 12480m dengan kuasa solar kekal 4.30 volt. Suhu meningkat kepada 5 darjah celsius. Locator JP15JM. Waktu di Norway ketika ini adalah 17:38 petang.

Jam 23:48 kelajuan meningkat semula kepada 107 km/h dengan bearing 39 darjah. Altitud 12480m tetap kekal serta kuasa solar menurun kepada 4.20 volt. Suhu kembali 0 darjah celsius. Locator JP15MP.


No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...