Radiosonde D20053894 Belon KLIA


 Belon KLIA objek aprs D20053894 berlepas lewat pada malam ini. Jam 8:08 malam baru dapat menerima isyarat di frekuensi 401.111MHz. Muncul di SondeHub jam 8:12 malam altitud ketinggian 2078m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9W2RUT-1 di Seri Kembangan.


Belon Bayan Lepas objek aprs D20040107 telah blast pada jam 8:58 malam. Altitud ketinggian 25544m telah berjaya dicapai pada malam ini.


Belon Paya Lebar objek aprs IMS8AFA5D telahpun mencapai altitud ketinggian terakhir1317m. Isyarat terakhir itu diterima oleh stesen radiosonde 9W2DCW-14 di Pontian.

Jam 9:38 malam isyarat belon KLIA mula terputus altitud ketinggian 3797m. Kedudukan terakhir altitud ketinggian 901m isyarat dari stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.



Jabatan Meteorologi Malaysia telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa musim tengkujuh bakal menjelma. Petang tadipun telah hujan lebat menyebabkan kebarangkalian belon KLIA dilepaskan lewat daripada kebiasaannya. Dua belon tidak muncul malam ini iaitu Kota Bharu dan Kuantan. Mungkin faktor cuaca menyebabkan ia tidak dapat dipantau.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Marine Radio VHF

  Frekuensi Marin VHF Saluran 70 untuk kecemasan 156.525MHz Radio telefon Saluran 6   156.300MHz Saluran 13 156.650MHz Saluran 16 156.800MHz