Radiosonde D20070013 ditemui kawasan ladang sawit berbukit.


 Belon KLIA radiosonde D20070013 pada pagi ini jatuh di ladang Sime Darby Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Buat pertama kalinya penulis terpaksa mendaki bukit bagi mendapatkan peranti radiosonde D20070013. Jatuh di kawasan bukit berhampiran kawasan puncak.

Titik akhir belon ini bersebelahan Masjid Pekan Sepang. Jumpa di dalam ladang sawit sebelah Negeri Sembilan. Semasa tiba isyarat tersekat-sekat. Berhenti seberang jalan hadapan Masjid bagi mengesahkan isyarat masih aktif. Keluar sahaja pintu kereta, ternyata isyarat diterima dengan kuat.
Jangkaanku belon berada di kawasan kelapa sawit berhadapan Masjid Pekan Sepang. Terus memandu ke Pos Pengawal Ladang Sime Darby Bukit Pelandok yang tidak jauh dari sempadan negeri. Meletak kereta berhampiran pondok pengawal. Terus berjumpa petugas di Pondok Pengawal dengan memaklumkan tujuan kedatangan. Beliaupun memberi kebenaran untuk mencari setelah menunjukkan radio yang aktif berbunyi kuat. rdzTTGOsonde masih belum dapat mengunci koordinat yang masih aktif itu.


Terpaksalah berjalan melepasi kawasan perumahan pekerja sebelum berhenti di simpang tiga. rdzTTGOsonde mula mendapatkan koordinat terkini. Setelah stabil, barulah memasukkan koordinat ke dalam gps waypoint finder.

Setelah memasukkan koordinat baru, ternyata lokasi pencarian menunjukkan ke arah bukit. Jarak tinggal 291m sahaja ke lokasi pencarian.


Bukit di hadapan merupakan lokasi pencarian berdasarkan arah jarum kompas digital. Laluan sawit yang luas bertanah merah memudahkan pencarian. Berjalan hingga ke hujung jalan terdapat simpang tiga. Mengambil laluan sebelah kiri untuk mencari laluan yang lebih selamat ke puncak bukit. Lebih baik mencari laluan yang selamat daripada mengikut arah bearing menunjukkan ke arah bukit itu.

Seterusnya mencari laluan ke puncak bukit selepas melepasi simpang tiga yang kedua. Ternyata ada laluan sawit menuju ke atas bukit. Tanpa berlengah mengikut laluan itu sahaja. Beberapa langkah sahaja, dikejutkan dengan ayam hutan bertempiaran lari apabila menyedari kehadiranku di situ. Terus mendaki hinggalah sampai ke puncak. Sewaktu ke puncak antena radio dicabut. Ketinggian puncak hasil cerapan jam Garmin adalah 57m dari aras laut. Jarak berbaki 53.9m sahaja ke peranti. Bergerak sahaja radio mula kedengaran. Ternyata peranti berada di lokasi jatuhan.


Melepasi satu lorong sawit kelihatan dari jauh benda putih di atas laluan. Sudah pasti itulah benda yang dicari setelah penat lelah mendakinya. Jatuh di laluan sawit di atas kawasan bukit yang agak tinggi. Tidak hairanlah isyarat dapat diterima sebelah Sepang lagi.


Jarak 2.8m merupakan peranti ditemui. Untungnya isyarat masih aktif membolehkan koordinat baru dikunci oleh peranti rdzTTGOsonde. Jatuh atas laluan yang berumput tidak memberi impak yang agak tinggi berbanding atas jalan raya berturap. Kebiasaannya jalan berturap memberi impak yang tinggi menyebabkan isyarat terus padam.


Peranti dan belon jatuh bersebelahan sahaja di kawasan laluan tanpa halangan kanopi pokok. Kelihatan pada kayu pine masih berbaki gulungan benang. Belon pecah sepenuhnya bagi altitud ketinggian maksimum 26,555m.


Hasil cerapan jam Garmin koordinat 2 darjah 41.5511' Utara dan 101 darjah 45.4225' Timur. Cuaca agak baik tidak terlalu panas. Trek laluan agak licin memandangkan musim hujan berada dalam awal musim.


Peranti radiosonde D20070013 berada dalam genggaman bagi mengesahkan penemuannya di lokasi jatuhan. Kemudian menggulung benang serta memisahkan benang dan peranti. Setelah kerja perekodan, menurun balik ke pos pengawal dengan berhati-hati. Wajah kepuasan terpancar setelah yang dicari telah ditemui.

Jarak 398m merupakan jarak peranti ke titik akhir di sebelah Sepang. Bagi latitud ketinggian terakhir 1378m membawa kepada penemuan ini. Kelajuan angin13km/h dan bearing 107 darjah.


Kawasan perumahan pekerja ladang Sime Darby dilaluai sebelum pulang keluar ke pondok pengawal. Tiba sahaja di pondok pengawal, di sapa "Sudah jumpa ke?" Pegawai bertugas yang memberi kebenaran itu bertanya. Sambil menunjukkan hasil pencarian dengan muka yang ceria. Ucapan penghargaan kepada beliau kerana memberi keizinan masuk mencari belon dikawasan seliaan beliau.


Laluan menuju pondok terdapat beberapa palang. Memandangkan hari minggu sudah pastilah ia ditutup. Apapun, kebenaran masuk mencari lebih bagus walaupun berjalan kaki. Hasilnya peranti dibawa pulang dengan selamat.


Misi seterusnya meninjau beberapa lokasi jatuhan belon beberapa hari yang lepas. Walaupun menyedari sukar untuk dijumpai kerana altitud ketinggian di bawah 2000m. Melawat dan melihat keadaan kawasan sekitar pasti memberi kepuasan walaupun tidak menjumpainya. Bonus diperolehi jika berjaya menjumpainya. Misi mustahil ini tidak berlaku jika hadir semasa isyarat masih lagi aktif. Apakan daya misi ini hanyalah sekadar hobi masa lapang sahaja. Jikalau ada kelapangan pastlilah ia diburu pada masa ia baru jatuh.


Lokasi gambar diatas merupakan jalan yang dibesarkan antara Salak dan Sepang. Radiosonde D20069622 telah jatuh bertarikh 28 Oktober 2022 jam 21:10 malam. Jangkaan mendarat oleh laman sesawang sondehub berdekatan jalan ini. Namun tidak dijumpai sebarang tanda. Jarak ke titik akhir dari jalan belum berturap ini dalam lingkungan 400m. Altitud ketinggin terakhir adalah 1718m dengan kelajuan 22.22km/h sert bearing 112 darjah. Pada jangkaanku pasti mencecah jarak 1000m untuk menjumpainya. Berbaki lagi 600m perlulah mencari ke kawasan ladang kelapa sawit.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...