Akhirnya Radiosonde D20073307 ditemui


 Belon KLIA radiosonde D20073307 akhirnya berjaya ditemui pagi tadi secara solo. Belon ini pernah dijenguk bersama Arul 9W2OCX pada hari Rabu malam 28 September 2022 yang lalu. Ketika itu misi pencarian pda lewat malam sangat tidak sesuai. Ini memandangkan titik akhir berada di belakang rumah orang. Bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk. Eloklah misi dibatalkan sahaja.


Kita perlu ke titik akhir bagi menentukan bearing isyarat terakhir. Oleh kerana pagi hari minggu, bolehlah misi disambung pada kali ini. Aku meletakkan kereta dilorong sebelum titik akhir. Pelepah kelapa sawit bergoyong-goyang menandakan penghuninya mencari makan pagi itu. Perasaan risau menjelma kerana radiosonde minggu lepas yang ditemui telah dimusnahkan monyet. Ini boleh terjadi kerana sudah beberapa hari radiosonde ini jatuh di kawasan ini.


Keluar sahaja dari kereta terus berjalan kaki mengikut laluan jalan kampung. Masuk dilaluan sawit yang agak bersemak bersempadanan dengan rumah orang. Oleh kerana telah memakai vest keselamatan pemancar cahaya, aktiviti pencarian diteruskan bagi mendapat kedudukan titik akhir secara tepat. Bearingnya adalah 42 darjah. Setelah mendapatnya terus berjalan ke arah bearing tersebut.


Percubaan pertama gagal memaksa berpatah balik ke titik akhir berdekatan rumah itu. Kali kedua meneliti kedudukan bearing 42 darjah dengan teliti. Selepas berpuas hati kedudukan arah 42 darjah, pencarian sekali lagipun bermula. Terpaksa melintas parit namun ada laluan. Ambil semula bearing dengan tepat berpandu tiang lampu. Pencarian diteruskan hingga kawasan berair dalam ladang kelapa sawit. Masih tiada sebarang tanda. Ketika itu jarak menghampiri 180m.

Masih gagal menemuinya. Ambil keputusan berpatah balik. Kemudian secara tiba-tiba terlihat objek putih di atas rumput yang mati akibat diracun. Alhamdulillah benda yang dicari telahpun ditemui. Elok sahaja terbaring dilaluan sawit. Nasib baik tidak dilanggar motor atau dialih orang. Belon dan kayu serta belon hijau berada dihadapannya bawah rumpun. Jarak penemuan itu adalah 178m dari titik akhir bagi altitud 689m.


Koordinat jam Garmin turut direkodkan bagi menentukan kedudukan penemuan yang tepat. Keadaan peranti yang baik diatas rumput mati menghilangkan kegusaran. Jikalau tersangkut atas pokok pasti menjadi habuan monyet.


Rupanya peranti yang ditemui ini berhadapan dengan laluan kereta yang diparkirkan. Pada malam bersama Arul 9W2OCX turut meletakkan vannya di situ. Apupun titik akhir mesti dicari terlebih dahulu bagi menentukan arah yang tepat.


Koordinat yang ditemui hasil cerapan jam Garmin 2 darjah 40.6132' Utara dan 101 darjah 40.5681' Timur. Catatan misi pencarian dengan jarak 1.25 km bersamaan 42 minit. Kalori yang dibakar adalah 207.Selepas selesai pemanduan ke  restoran Al-Fidha di Taman Langat Utama. Kedai ini menjadi hentian sebelum misi seterusnya di kawasan sampah Tanjung 12.


Selepas makan dan minum misi pencarian kedua adalah radiosonde D20073467 jatuh pada 29 September 2022 pada jam 21:30 malam. Koordinat 2.72854 darjah Utara dan 101.64 darjah Timur. Altitud ketinggain terakhir 880m dan altitud ketinggian maksimum adalah 30,484m. GPS waypoint finder menunjukkan jarak dari kereta yang diparkir dengan titik akhir adalah 798m. Kereta diletakkan di selekoh jalan pembuangan sampah Tanjung 12. Telah tebina titi memudahkam memasuki ke kawasan ladang kelapa sawit.


Pemandangan jalan utama sawit yang agak bersemak untuk ke titik akhir. Hampir 600m berjalan untuk ke titik akhir bagi mendapat bearing yang tepat.


Menghampiri titik akhir terpaksa melintas parit menggunakan titi konkrit yang disediakan oleh pihak pengurusan ladang. Selepas mengenal pasti bearing 14 darjah, pencarian diteruskan hingga jarak 300m. Namun, pada misi kali ini tidak ditemui sebarang tanda.


Setiap baris kelapa sawit ditumbuhi pakis menyukarkan pencarian. Inilah antara cabaran besar setiap kali misi pencarian jikalau ladang kelapa sawit agak bersemak. Namun setiap baris sawit boleh dilalui dengan mudah. Bagi misi kedua ini pencarian berjarak 3.95km dalam masa 1 jam 9 minit. Kali ini kalori yang dibakar sebanyak 518. Mungkin akan rancang pencarian sekali lagi bersama Team SAR yang lain pula. Biasanya keadaan seperti ini, peranti tetap berada di tempat 1a mendarat. Tiada siapa yang berani mengambil kecuali pekerja sawit membuat kerja pembersihan.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...