Tuan Kebun Pisang Pulangkan Belon


 Pada hari ini sempat melancarkan misi mencari beberapa lokasi belon. Belon KLIA radiosonde D20073331 telah ditemui dihadapan pintu kebun pisang. Hanya belon sahaja yang diletakkan di atas tunggul kayu hadapan pintu pagar kebun. Peranti tidak kelihatan bersama belon tu.

Jarak 115m dari pintu pagar kebun pisang ke titik akhir di dusun durian. Sebelum itu, aku dan Arul 9W2OCX pergi ke belakang kebun ini di kawasan dusun durian. Beberapa ekor anjing yang berteduh dalam pondok telah menyambut kehadiran kami. Titik akhir di kawasan dusun ini. Bearing 165 darjah tepat menghala dalam kebun pisang. Altitud ketinggian terakhir adalah 189m.  Sememangnya kemungkinan jatuh dalam kebun pisang ini.


Sebenarnya hari isnin 24 Oktober 2022 telah sampai ke sini. Bercakap dengan tuan kebun. Kemungkinan susulan dari perbualan itu, tuan kebun telah meletakkan di hadapan pintu kebunnya. Jika dibenarkan masuk ke kebun pasti peranti dan belon telah dibawa pulang. Apapun penemuan ini mengesahkan radiosonde D20073331 telah jatuh di kawasan itu.
Credit 9W2OCX

Credit 9W2OCX

Credit 9W2OCX









Credit 9W2OCX

Credit 9W2DCW

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...