Belon KLIA Radiosonde D20073144 jatuh atas bumbung kilang


 Belon KLIA radiosonde D20073144 telah jatuh diatas bumbung di Nilai 2 pada malam ini. Jatuh jam 21:26 bertarikh 15 Oktober 2022.

Credit 9W2VHF

Isyarat terakhir pada koordinat 2.81105 darjah Utara dan 101.81029 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir adalah 600m serta ketinggian maksimum adalah 28,808m.


Memandu dari base station di Bangi melalui Bukit Mahkota dan Nilai 3. Tiba di simpang Nilai 3 kedengaran isyarat radiosonde mula tersekat-sekat. Ini menandakan kebarangkalian isyarat masih lagi aktif.

Menghampiri titik akhir isyarat semakin kuat. Ternyata isyarat masih lagi aktif. Berhenti di deretan kedai bersebelahan  lebuhraya PLUS dan pasar basah. Mengeluarkan senjata menangkap isyarat rdzTTGOsonde.

 

Berjaya mengunci koordinat terkini dari deretan kedai itu. Koordinat terbaru yang dicerap oleh rdzTTGOsonde adalah 2.81068 darjah Utara dan 101.81114 darjah Timur.


Setelah mendapat koordinat terbaru, terus masukkannya ke GPS waypoint finder. Jarak ke peranti adalah 390m dari deretan kedai sebelah pasar basah itu.


Sementara menunggu ketibaan Arul 9W2OCX dari Puchong, tunggu di sebuah restoran  sambil minum teh tarik.


Malam minggu mana-mana kedai pasti dipenuhi orang untuk menikmati hidangan bersama keluarga. Arul 9W2OCX sempat pesan kopi o ais semasa dalam perjalanan ke Nilai ini.

Credit 9W2OCX

Setelah membasah tengah dengan pilihan masing-masing, kami bergerak menggunakan satu jelopi sahaja. Berpandukan google map, teruskan pemanduan ke kawasan perindustrian Nilai 2. Pemanduan dikawasan yang jarang dilalui penuh berhati-hati. Kawasan ini sangat gelap tanpa disediakan lampu jalan. Mungkin sudah rosak dan tidak dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan.


Kami terus menghampiri kilang hingga masuk ke titik akhir yang terhampir berdekatan kawasan letak kereta. Isyarat semakin kuat dan jarak di gps waypoint finder ternyata dekat.

Credit 9M2ZAK

Hasil tilikan Zaki 9M2ZAK ternyata peranti berada di atas bumbung kilang tersebut. Betul-betul di tepi bumbung kilang tersebut. Boleh dilihat pin kuning gambar di atas kedudukan peranti berdasarkan koordinat terkini.

Credit 9M2ZAK

Kemudian kami menghala ke pos pengawal untuk memaklumkan kehadiran kami. Meminta kebenaran untuk melihat semula peranti di tepi kilang kawasan letak kenderaan.


Tanda pangkah tersebut adalah kedudukan kami bersama seorang pengawal yang mengiringi kami. Sangat dekat sambil menyuluh di bangunan kilang tersebut dengan harapan terlibat benang terjuntai.


Merujuk Gps waypoint finder jaraknya adalah 22.4m sahaja. Namun tidak dilihat sebarang tanda yang boleh dicari peranti tersebut. Sahlah memang berada di atas bumbung bangunan kilang tersebut.

Credit 9W2OCX

Bergambar bersama pengawal yang mengiringi kami ditepi bangunan tersebut. Selepas berpuas hati peranti berada di atas bumbung kami melaporkan semula ke pos pengawal. Meninggalkan nombor telefon kepada Penyelia dengan harapan jikalau terjumpa bolehlah menghubungi kami semula. Kemudian hujan turun dengan lebatnya memaksa kami meninggalkan kilang dengan kadar segera.

Selepas itu, tiada kedengaran isyarat radio setelah hujan lebat turun. Kebarangkalian peranti telah terjatuh ke bawah dan terhempas dengan kuat. Situasi ini boleh menyebabkan peranti mati. Sebelum hujan turun, angin sangat kuat meniup di kawasan itu. Harapan besar kami agar belon ditemui dalam keadaan baik. Misi kali ini, jumpa tapi tidak diketemui.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...