Peranti Radiosonde D20073680 hilang di KLIA


 Malam tadi belon KLIA berpatah balik dan mendarat semula di KLIA. Radiosonde D20073680 telah diambil orang. Hanya tinggal belon dan benang sahaja dijumpai diatas jalan.


Altitud ketinggian terakhir adalah 462m serta ketinggian maksimum adalah 31,061m. Bearing 323 darjah kelajuan 9km/h. Titik akhir di atas landasan keretapi ERL. Ia merentangi jalan berhampiran simpang Kastam KLIA.


Garis putus-putus yang ditunjukkan menjadi pedoman arah belon itu berakhir. Kelihatan ia melintasi jalan laluan ke terminal. Ternyata ia jatuh di atas jalan selepas mencarinya bersama Hanif 9W2VHF.


Berjanji bertemu di Shell Kota Warisan. Hanif 9W2VHF menunggang motorsikal dari Gombak. Kemudian kami berkonvoi ke simpang Kastam KLIA. Tiada isyarat diterima sejak dari Kota Warisan lagi.

Credit 9W2DVZ

Mencari di kawasan pokok sebelah rel keretapi dengan bantuan lampu suluh walaupun persekitaran terang dengan lampu jalan. Kemudian kami melintas ke hadapan lagi. Hanif 9W2VHF telah nampak benang dan belon di atas lorong laju paling kanan sekali. Atas jalan tidak kelihatan pula kesan peranti yang digelek kenderaan. Keadaan seperti sedia kala sahaja tanpa ada kesan polistrina peranti.


Jarak 42.5m kawasan atas jalan raya yang dijumpai benang dan belon. Mencari juga dicelah-celah lubang longkang jika termasuk. Namun, tetap tidak ada sebarang tanda. Mencari juga pembahagi jalan yang berumput dan tanaman hiasan tetap tiada juga.

Credit 9W2VHF

Puas mencari kami lepak semula di tempat kereta dan motor diparkirkan. Memeriksa semula bahan bukti untuk meneruskan penyiasatan. Ternyata peranti telah diambil orang. Bagaimana boleh kami tahu? Peranti dipisahkan benang dengan baik sekali tanpa diputuskan menggunakan alat pemotong.

Credit 9W2DVZ

Pegawai Met membuat loop pada benang untuk diikat kepada batang penyambung peranti. Ternyata loop itu elok seperti asalnya. Tidak diputuskan kerana loop itu masih elok dan kukuh seperti kebiasaannya. Lagi satu teori adalah menjangkakan penunggang motorsikal yang nampak terlebih dahulu di atas jalan raya. Pasti akan ambil kerana peranti berupa kotak putih itu sememangnya menarik perhatian.

Tuntasnya, walaupun tidak menjumpai peranti, benang dan belon menjadi saksi radiosonde D20073680 memang jatuh di situ.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...