Gelombang Patriotik RA Malaysia 2022


 Hari Malaysia 16 September 2022 yang lalu telah berkesempatan menziarahi program yang diadakan di taman Tasik Cyberjaya. Selepas memburu belon di Banting singgah sebentar di sini untuk melihat aktiviti yang diadakan. Pasca Covid-19 aktiviti radio amatur berkumpul seperti ini amat ditunggu.


Aktiviti radio amatur terarah kepada kumpulan kecil sesama mereka sahaja. Aktiviti besar seperti ini terbuka kepada para pengunjung orang awam. Ini secara tidak langsung memperkenalkan radio amatur kepada masyarakat.


Bagi pengendali radio amatur dapat berkumpul sesama rakan ham lain. Ada sanggup hadir dari jauh semata-mata tidak mahu melepaskan peluang menghadirinya. Perkembangan radio amatur dapat dilihat di sini melalui pameran dan aktiviti yang dijalankan.
 

Liputan media massa secara tidak langsung turut mengetengahkan radio amatur kepada seluruh negara. Cara ini dapat memperkenalkan lagi peranan radio amatur kepada umum terutamanya semasa berlaku bencana seperti banjir.


Kelab Peminat Radio Amatur dan Rekreasi Kerian, Perak (REAKSI) merupakan kelab yang mengambil bahagian dalam pameran kali ini. Datang dari utara bersama barang pameran dan jualan pelbagai antena. Sofi 9W2XIO sempat bersembang bersama beliau di reruai Reaksi ini. Turut mendapat tandatangan beliau pada QSL kad Reaksi sempena eyeball di GPRAM 2022.


Antena buatan Reaksi yang kemas dan boleh didapati dalam talian juga. Menurut Sofi 9W2XIO terdapat antena uhf yang sesuai untuk aktiviti mengejar belon selain komunikasi satelit.


Peminat komuniksi satelit turut mengadakan demonstrasi teknik komunikasi ini. Ujang 9W2RYF turut mempamerkan pelbagai antena untuk komunikasi satelit serta maklumat berkaitan. Ini secara tidak langsung menggalakkan penglibatan ham dalam komunikasi ini












No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...