Belon KLIA Radiosonde D20073230 jatuh di Sg Pelek

Credit 9W2VHF

 Belon KLIA radiosonde D20073230 telah jatuh di Sg Pelek pada malam tadi. Jatuh di jalan utama antara Sepang dan Sg Pelek. Jatuh di kawasan ladang kelapa sawit dikira selamat dari diambil orang. Namun, akan hilang jika pekerja sawit membuat kerja pembersihan. Maka, ia boleh ditinggalkan beberapa hari sebelum operasi SAR dapat dilakukan. Kiranya, kategori selamat untuk diambil kemudian.


Kedudukan pekan Sungai Pelek berada di barat daya belon. Jatuh menghampiri sempadan negeri antara Selangor dan Negeri Sembilan yang dipisahkan oleh Sg Sepang. 


Altitud ketinggian terakhir adalah 363m serta ketinggian maksimum adalah 29,159m. Pasti belon hancur sepenuhnya seperti kebiasaan apabila mencapai altitud ketinggian lebih 29k.


Titik-titik putus itu menunjukkan arah terakhir belon mendarat. Bearing 166 darjah menjadi rujukan dari titik akhir. Ia menghala ke tenggara iaitu ke arah kolam. Bagi altitud terakhir 362m, jangkaan jarak titik akhir ke peranti dalam 200m panjangnya. Boleh cuba cari. Apabila berjaya menjumpainya jangan lupa maklumkan.


Rujukan koordinat 2.66882 dan 191.73642 boleh disetkan dalam aplikasi GPS waypoint finder. Kelajuan 18.52km/h dengan bearing 166 darjah. Altitud ketinggian terakhir 362.71m.


Ada jalan masuk ke kawasan pendaratan. Kalau dari Sepang, akan jumpa dahulu kebun buah naga selepas itu masuk kiri selepas kawasan kelapa sawit. Ikut laluan terus sebelum belok kiri kemudian belok kanan. Selepas jumpa simpang empat masuk kiri laluan sawit bertanah. Pastikan sebelah kanan anda adalah kolam dan kiri adalah semak belukar. Berhenti dihujung jalan pada hujung kelapa sawit semula. Berhenti kenderaan dan mulakan pencarian dari penjuru itu.


Cuba periksa jarak ke titik akhir. Jikalau dalam lingkungan 200m cuba masuk ke dalam ikut anak panah tersebut. Pasti peranti dapat dijumpai mengikut arah tersebut. Berjalanlah hingga jarum kompas bertukar warna biru menandakan anda telah sampai ke titik akhir. Jika anda berjalan hingga titik akhir ini bermakna peranti tidak diketemui. Berpatah balik ke pangkal jalan dan cari semula sepanjang lawan arah jarum kompas(back bearing). Lihat sebelah kiri dan sebelah kanan sepanjang laluan. Pasti ia ada dikawasan itu. Selamat Mencuba!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...