Berjaya dapat Radiosonde D20073473


 Pagi ini berjaya mencari belon KLIA radiosonde D20073473 di Kg Baru Tanah Merah site A, Port Dickson. Belon ini jatuh pada 18 Oktober 2022 jam 9:32 pagi. Selepas enam hari barulah berkesempatan untuk mencarinya.


Koordinat 2.67851 darjah Utara dan 101.53874 darjah Timur. Altitud ketinggian  terakhir 428m dan ketinggian maksimum adalah 30248m. Belon ini telah jatuh di kawasan dusun durian. Jatuh berhampiran pokok durian yang baru membesar. Jarak ke titik akhir adalah 60.3m. Bearing dari titik akhir adalah 2 darjah.


Benang masih elok bergulung pada kayu pine serta belon hijau pecah sepenuhnya. Sewaktu jumpa belon di bawah kereta berdekat pintu masuk kawasan dusun. Buka sahaja pintu sudah kelihatan benang dan serpihan belon. Kemudian ikut benang dan terlihat peranti berada di dalam parit yang berair. Seterusnya menarik benang pada serpihan belon dan didapati belon serta kayu pine berada di bawah kereta.


Serpihan belon sebelah kiri dan belon berserta kayu di sebelah kanan. Belon masih berbaki walaupun altitud ketinggian maksimum adalah 30,248m. Kebiasaannya ia pecah sepenuhnya apabila mencecah 29 ribu meter. Tidak pada belon ini, kelihatan berbaki lagi belonnya.


Semasa hendak mengemas datang tuan kebun menunggang motorsikal. Menurut beliau peranti ditemui di pokok duriannya. Nasib baik ia tidak dibuang atau dibakar. Biar begitu sahaja oleh pekerja beliau juga. Akupun menerangkan belon dan peranti yang jatuh di kawasan dusunnya. Ucap terima kasih kepadanya bagi mengutip barang dicari.


Gambar tempat kejadian tidak dapat diletakkan di sini. Telefon pintar yang digunakan ketika itu telahpun rosak. Tak sempat hendak memindahkan gambar tersebut ke tempat lain. Ketika itu, menghampiri titik akhir radiosonde D20073337 di Kg Hulu Chuchoh. Skrin telah rosak memaksa balik segera ke base untuk mendapatkan yang baru. Ada kesempatam boleh mencari semula radiosonde tersebut.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...