Belon Bayan Lepas Radiosonde D22027214 diburu

Credit 9W2DVZ

 Semalam belon Bayan Lepas radiosonde D22027214 telah jatuh darat. Belon Bayan Lepas sememangnya sangat sukar jatuh ke darat memandang bentuk muka bumi sebuah pulau yang kecil. Maka, sudah pasti ia terbang hanya jatuh ke Selat Melaka sahaja.

Credit 9W2DVZ

Pasukan SAR Utara telah melancarkan misi mencari diketuai Abg Man Viper 9W2PRX, Alias 9W2WGD dan SWL Nini. Radiosonde D22027214 jatuh pada koordinat 5.31951 darjah Utara dan 100.23977 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 1207m serta ketinggian maksimum adalah 28,170m. Jatuh dikawasan beralun di Balik Pulau pastilah sangat mencabar untuk mencarinya.

Credit 9W2PRX
Jam 10:28 pagi pasukan SAR Utara bersedia melancarkan misi dengan menunggang motorsikal. Ia lebih mudah dilalui terutama dikawasan terpencil.

Credit 9W2PRX

Jarak 4.262m perlu dilalui untuk ke titik akhir radiosonde D22027214. Aplikasi GPS waypoint finder ini sangat berguna ketika misi dilancarkan. Pastikan bekalan bateri telefon mencukupi untuk mengelakkan bateri habis. Power bank yang telah dicaj penuh lebih selamat turut dibawa. Kabel penyambung pastikan juga turut dibawa bersama.

Credit 9W2PRX
Jam 11:08 pagi pasukan SAR telah tiba di tempat yang ditujui. Isyarat dilaporkan tiada kedengaran di situ. Ini pasti menyukarkan misi pencarian. Jika ia masih hidup, bantuan peranti rdzTTGOsonde pasti koordinat baru yang lebih tepat dapat dikesan. Ini dapat memudahkan lagi pencarian kerana koordinat yang tepat melancarkan lagi misi tanpa bersusah payah ke hulu dan ke hilir.

Credit 9M2ZAK
Zaki 9M2ZAK membuat ramalan bahawa belon Bayan Lepas mendarat di koordinat 5.321568 darjah Utara dan 101.244869 darjah Timur. Saranan beliau kepada pasukan SAR Utara mencari di kawasan gereja.

Credit 9M2ZAK

Pin koordinat yang diramalkan seperti gambar diatas. Lihat bentuk muka bumi hijau serta beralun sangat menyukarkan pada padangan mata kasar. Gambar dizoom lebih dekat oleh Zaki 9M2ZAK.

Credit 9M2ZAK
Kawasan bulatan bertanda merah untuk mencari isyarat radiosonde jika masih hidup menggunakan motorsikal yang dibawa. Namun, isyarat sememangnya tiada juga dapat dikesan. Mungkin jatuh dikawasan lembah menyukarkan lagi mengesan sebarang isyarat

Credit 9M2ZAK
Kawasan bertanda pangkah merupakan puncak tertinggi di kawasan itu. Kemungkinan juga isyarat dapat didengari dari puncak itu.

Credit 9W2PRX

Jam 12:58 tengah hari Team SAR Utara telah tiba dilokasi ramalan. Menurut Abg Man Viper 9W2PRX isyarat masih tidak kedengaran dikawasan itu. Bearing dari titik akhir adalah 73 darjah. Menurut Zaki 9M2ZAK anak panah mesti menunjuk bacaan 73 darjah menuju ke kawasan pencarian.


Credit 9W2PRX
Pemandangan kawasan pencarian berbukit dan bersemak menukarkan lagi misi pencarian. Begitulah cabaran besar yang dilalui oleh Pemburu Belon. Semangat tinggi mengatasi halangan besar bagi menyempurnakan misi.

Credit 9M2ZAK
Kawasan bertanda merupakan kebarangkalian peranti dapat dicari. Plot yang ditanda ini memastikan setiap inci tidak terlepas dari pandangan mata.
Credit 9W2PRX

Jam 1:10 petang kawasan kebun durian yang sememangnya terkenal di Balik Pulau.

Credit 9W2WGD
Kawasan kebun yang bersemak sebegini turut menjadi pemandangan biasa dalam setiap misi. Perlu berhati-hati dengan setiap langkah bagi mengelakkan diri dari sebarang ancaman. Eloklah berkasut dan berseluar panjang bagi memudahkan mengharungi onak dan  duri seperti ini.

Credit 9W2GCD
Kawasan yang kemas dan lapang seperti ini serba sedikit memudahkan pencarian. Namun, peranti yang dicari masih belum ditemui lagi.

Credit 9W2PRX
Abg Man Viper 9W2PRX menggunakan batang kayu sebagai tongkat ketika misi pencarian. Batang kayu seperti ini sangat membantu memudahkan pendakian bukit disamping tujuan  keselamatan diri. Perkhabaran juga melaporkan bahawa kawasan ini sememangnya terdapat banyak anjing milik pemilik kebun durian. Jadi perlulah berhati-hati jika dikejar.

Credit 9W2PRX

Team SAR Utara melepaskan lelah. Berbincang tentang melancarkan misi seterusnya walaupun gagal pada kali ini. Tahniah kepada Team SAR Utara yang menunjukkan semangat yang tinggi dalam misi kali ini. Sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya. Misi kedua akan dilancarkan bagi memastikan peranti berada dalam genggaman.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...