Belon Pertama Negeri Sembilan


 Buat pertama kali belon KLIA mendarat di Negeri Sembilan pada pagi tadi telah berjaya dijumpai. Radiosonde D20073299 telah jatuh di Bandar Baru Enstek. Nasib baik laluan jalan raya masih dalam pembinaan.


Belon jatuh di tengah jalan raya dua hala. Nasib baik terdapat pekerja yang sedang bekerja di laluan itu telah mengalihkan di bahu jalan. Hanya benang dan belon sahaja masih berada di atas jalan.


Koordinat dicerap oleh jam Garmin adalah 2 darjah 43.4953' Utara dan 101 darjah 46.4798' Timur.


Jarak peranti dijumpai dari titik akhir adalah 213m. Titik akhir dihalang oleh parit besar. Untungnya tidak perlu ke sana bagi mendapatkan bearing yang tepat. Telah jumpa terlebih dahulu setelah Arul 9W2OCX menanyakan pekerja di tepi jalan itu.

Credit 9W2OCX

Meriah dilokasi belon jatuh. Ramai pekerja menyaksikan pertama kalinya peranti yang digunakan untuk mencerap data kaji cuaca. Sempatlah kami menerangkan kepada mereka bagaimana belon kaji cuaca berfungsi. Merekapun bukanlah calang-calang orang. Pekerja profesional membuat kerja-kerja mengukur menggunakan teknologi tinggi juga.
Credit 9W2OCX

Belon diletakkan semula ditempat yang ditemui oleh pekerja tadi bagi mendapat gambaran lokasi ditemui. Pasti peranti digelek  kenderaan jika kekal berada di situ. Pekerja lain mengakui bahawa mereka telah melalui jalan tersebut. Perasan terdapat tali merentangi jalan. Beliau turut mengandaikan bahawa ada kerja-kerja mengecat garisan sebelum ini.

Credit 9W2OCX

Setelah diberi penerangan dan penjelasan barulah pekerja tersebut tahu apakah benda yang ditemui tadi. Selepas ini, pasti mereka akan menyimpannya dengan baik. Mereka juga kan tahu bahawa pasti ada orang datang untuk mengutipnya semula. Itulah kerja pengejar belon yang memberi sejuta kepuasan setelah berjaya menemuinya.


Semasa awal tiba di sini, kelihatan pekerja-pekerja sibuk mengeluarkan peralatan mereka. Kami memaklumkan tujuan kehadiran kami di situ. Ia berdekatan pencawang utama TNB. Sempatlah meninjau disebelah pagar kawasan itu. Malangnya kawasan berpaya dan pokok sawit telah lama ditinggalkan.


Kemudian kami berpatah balik ke jalan untuk mendapat sudut pencarian yang tepat. Ketika itulah Arul 9W2OCX berjumpa dua orang pekerja di tepi jalan. Bertanyakan jikalau terlihat belon jatuh di situ.

Belumpun sempat mendengar jawapan, Arul 9W2OCX telah terlihat benang di atas jalan raya dan peranti di bahu jalan. Pekerja tersebut mengakui telah mengalihkannya di bahu jalan tersebut. Alhamdulillah selamat daripada dilanggar kenderaan. Contoh sikap bertanggungjawab masyarakat mengalihkan sesuatu yang menghalang laluan.

Credit 9W2VHF

Altitud ketinggian terakhir adalah 547m dan dijumpai pada jarak 213m. Ketinggian maksimum adalah 29,223m. Angin kini telah berubah dari barat ke timur. Peralihan monsun kini mempengaruhi arah laluan belon dari barat ke timur. Semasa pertukaran angin monson timur laut kepada monsun barat daya. Angin tetap bertiup ke arah barat. Kini pertukaran monsun barat daya kepada monsun timur laut angin telah mula bertiup ke arah timur.

Credit 9W2OCX

Tunggu dan lihat sampai bila angin kekal bertiup ke arah timur. Ini akan memberi kelebihan kapada pemburu belon di kawasan tengah. Potensi jatuh ke darat lebih cerah apabila angin bertiup ke arah timur. Kalau jatuh dalam kawasan hutan habislah peluang untuk mendapatkannya.

Credit 9W2OCX

Credit 9W2OCX







Credit 9W2OCX

Credit 9W2OCX

Credit 9W2OCX

Credit 9W2OCX










No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...