Belon KLIA pagi tadi jatuh di Ladang Solar TNB Sepang jam 9:31 pagi. Pencarian dilakukan secara solo oleh Arul 9W2OCX. Kawasan larangan ini pastilah tidak dibenarkan masuk sebarang orang.
Arul 9W2OCX telah memaklumkan kepada pegawai bertugas tujuan kedatangan. Setelah diberi penjelasan dan menunjukkan peranti yang dimiliki dalam van. Pegawai bertugas turut menunjukkan peranti radiosonde yang sama. Oh! rupanya radiosonde pernah jatuh di sini juga.
Kemudian, pegawai bertugas menolong mencari radiosonde D20073425 yang jatuh pada pagi ini. Ternyata ia berada dalam ladang solar ini. Altitud terakhir 1039m dengan altitud ketinggian maksimum adalah 31,095m.
Credit 9W2OCX |
Ternyata ladang solar ini sangat luas. Manakan tidak altitud terakhir 1039m masih dapat dijumpai dalam kawasan ini. Jangkaan jarak 500m dari titik akhir.
Credit 9W2OCX |
Apa hendak digusarkan? Lokasi terakhir berada di dalam ladang solar ini. Mencuba nasib bertanyakan sahaja kepada pegawai bertugas. Pastilah mudah kerja kita. Jika ada rezeki pasti diberi keizinan untuk memasuki kawasan ini. Apapun ribuan dan jutaan terima kasih kepada pegawai yang membantu mendapatkan radiosonde yang jatuh itu.
Credit 9W2OCX |
Credit 9W2OCX |
Credit 9W2OCX |
Credit 9W2PRX |
Jejak radiosonde D20054445 ditunjukkan diatas. Memang sukar dijangka apabila altitud ketinggian terakhir sangat tinggi. Ini disebabkan arah angin boleh berubah setiap ketinggian. Berdasar jejak diatas, titik terakhir mengarah ke timur. Namun, ia bertukar ke barat laut. Arah itulah ladang solar terletak lokasinya.
Tahniah! Arul 9W2OCX dan pegawai Ladang Solar TNB Sepang yang memberi kerjasama sepenuhnya. Hasilnya dua radiosonde berjaya dibawa pulang oleh Arul 9W2OCX.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment