Bersalaman bersama 9W2ABL

 Pagi kelmarin telah bersalaman dengan stesen 9W2ABL. Lupa nama elmer ini. Beliau mengetuk tingkap dan memperkenalkan diri sebagai 9W2ABL. Macam pernah dengar dan QSO bersama stesen ini sudah lama dahulu.

Menurut beliau base dekat Bangi Villa dan sempat menunjuk ke arah basenya. Sememangnya sebelum ada internet yang semakin rancak ini. Aktiviti simpleks sangat aktif dilokalan mana-mana sahaja. Antena base dan radio sudah kena kilat. Menurut beliau dahulu ramai yang singgah ke base setelah terlihat antena radio. Sekarang hanya ada hand-helds sahaja memantau di frekuensi.

Banyak bercerita tentang MARES. Mesti orang kuat MARES suatu masa dahulu. Sempat bertanya tentang rumah kelab Mares di Petaling Jaya. Menyebut beberapa nama-nama elmer yang mungkin ada ataupun sudah silent key. Hanya mengenal nama Pak Aziz 9M2AU sahaja yang disebut.

Inilah pengendali radio yang tegar. Melihat call sign dibelakang jelopi terus bertegur sapa dan bercerita tentang minat yang sama. Memang banyak stesen di sekitar Bangi Lama ini. Namun tidak dapat lagi bersalaman di udara mahupun didaratan.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde 2405011782 Gagal ditemui

  Semalam 17 September 2024 telah melancarkan misi pencarian belon KLIA secara solo di Tanah Merah, Port Dickson. Misi mencari radiosonde 24...