Radiosonde IMS-100 3102232 jatuh tepi jalan

Credit 9M2ZAK

Semalam belon Singapura radiosonde IMS-100 3102232 berjaya ditemui di tepi Jalan Serkat. Berjaya dikesan oleh Arul 9W2OCX dan Faizal 9W2DVZ.

Credit 9W2DVZ

Jatuh koordinat 1.30408 darjah Utara dan 103.48471 darjah Timur. Jatuh pada pukul 10:01:16 pagi isyarat terakhir. Altitud ketinggian maksimum adalah 34,855m dan ketinggian terakhir hanya 125m sahaja. Sangat rendah dan pasti mudah dicari.

Credit 9W2DVZ

Ternyata belon jatuh seperti yang telah dijangkakan dalam laman sesawang sondehub. Boleh rujuk tangkap layar pertama menunjukkan titik akhir tersebut betul-betul di tepi jalan.

Credit 9W2DVZ

Payung terjun tersangkut pasti mengerikan apabila jatuh waktu malam. Apa pula yang tergantung pada malam itu sudah pasti menjadi satu persoalan.

Credit 9W2DVZ
Peranti di bahu jalan tanpa disentuh. Kalau hampir masuk tengah jalan pasti telah digelek oleh jelopi yang lalu lalang.

Credit 9W2OCX

Sudut pemandangan yang lebih tepat kelihatan payung terjun yang tergantung pada kabel tnb serta di bahu jalan peranti yang tergolek.

Credit 9W2OCX

Pemandangan dari seberang jalan pula. Benda putih di bahu jalan kadang kala boleh menarik perhatian pengguna jalan yang lain juga.


Video rakaman oleh Arul 9W2OCX ketika mengesahkan penemuan radiosonde IMS-100 3102232 di Jalan Serkat.

Credit 9W2OCX

Peranti dan belon berjaya diburu oleh pemburu belon tegar Arul 9W2OCX dan Faizal 9W2DVZ. Tahniah kepada kedua stesen bejaya menjejak belon yang mudah ini. Sangat rugi jikalau tidak dicari yang berada di tepi jalan sahaja. Misi ini dikategorikan pencarian yang sangat mudah.

Credit 9W2OCX



Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde 2405011782 Gagal ditemui

  Semalam 17 September 2024 telah melancarkan misi pencarian belon KLIA secara solo di Tanah Merah, Port Dickson. Misi mencari radiosonde 24...