Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat 2024 kali ke-59


 Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat tahun 2024 kali ke-59 telah berlangsung di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Kejohanan berprestij ini berlangsung selama  empat hari bermula 29 Julai 2024 hingga 1 Ogos 2024. 


Sebanyak 51 pasukan yang terdiri daripada sekolah menengah kerajaan serta swasta telah terlibat. Sukan olahraga merupakan sukan wajib penyertaan bagi setiap sekolah di daerah Hulu Langat. Hanya 37 buah pasukan berjaya memperolehi pingat.


Menang dan kalah merupakan adat pertandingan. Semangat kesukanan perlu ada pada setiap pasukan walaupun tidak membawa apa-apa kemenangan kembali ke sekolah. Selain olahraga, sukan merentas desa juga wajib disertai oleh setiap sekolah. Ini kerana, kedua sukan ini boleh melibatkan ramai penyertaan murid.


Sepanjang empat hari kejohanan, cuaca amat panas sekali. Cuma hari pertama dan ketiga hujan disebelah pagi. Hari pertama kami dihujani semasa tiba di stadium. Hujan turun menyambut kedatangan memberi permulaan cabaran yang hebat.



Hari pertama penyertaan agak ramai. Seramai 49 atlet pasukan SMKBTHO2 telah didaftarkan. Terpaksalah penulis bawa kereta bersama empat orang atlet ke stadium. Selebihnya menaiki bas bersama dua pengiring.


Sejak dari Cheras lagi cuaca sudah mendung. Seminggu sebelumnya cuaca gak panas. Pagi itu setelah lama tidak hujan, persekitaran kembali segar. Tiba di stadium terus mencari tapak khemah untuk Kem SMKBTHO 2. Berjaya mendapat tapak yang strategik berjiran dengan Semuhsin. Bawah pokok memberi suasana yang agak redup dan sejuk.


Ketika sudah berjaya mendapat tapak itu, hujanpun turun dengan agak lebat. Berteduh di bawah payung sahaja sementara menunggu atlet lain tiba dengan bas. Dua khemah ada bersama mereka. Hanya bentangkan kanvas terlebih dahulu menandakan kawasan tersebut telah dimiliki.


Setelah bas tiba barulah dua khemah dipasang bersebelahan dengan kem Semuhsin. Air bancuh disediakan selepas lori ais tiba. Semua atlet mendapatkan bib masing-masing. Perlu dipakai bahagian dada dan dibelakang baju. Tahun ini tempahan baju olahraga memilih tema bendera sekolah yang agak menyerlah penampilan.


Setelah mengenakan bib, atlet yang belum dipanggil oleh penyelia peserta membuat aktiviti memanaskan badan bersama-sama. Aktiviti ini sangat penting bagi memupuk semangat berpasukan serta persediaan tubuh badan mengahrungi hari yang penuh cabaran.


Kemudian setiap atlet bersedia untuk ke penyelia peserta setelah dipanggil mengikut kelas. Perlu memanaskan badan sekali lagi bagi memantapkan tubuh untuk mencapai kemenangan bermula dengan saringan separuh akhir hingga ke peringkat yang ditunggu-tunggu iaitu peringkat akhir merebut pingat.


Hari pertama 29 Julai 2024 kem SMKBTHO2 berjaya mendapat pingat emas. Kemenangan diperolehi daripada Ellina Eriz 1 Nurani dalam acara 800m P3 perempuan bawah 14 tahun. Ellina telah mencipta rekod baharu 2:29.50 saat. Rekod MSSD 2:45.54 saat serta rekod MSSS 2:32.50 saat oleh Nicole Lai Jia Xin daerah Klang. Syabas dan Tahniah! Ellina seperti yang dijangka.


Hari kedua 30 Julai 2024 turut menambah satu lagi pingat perak melalui Syafiq 4 Ekuiti kelas Sains Sukan. Kemenangan pingat perak ini melalui acara 400m L1 lelaki bawah 18 tahun catatan masa 53.50 saat. Menebus kegagalan di peringkat akhir 100m L1 semalamnya mendapat tempat ke-6 catatan masa 11.92 saat.



Habis setiap acara aktivit mengemas khemah dijalankan. Setiap atlet bertanggungjawab memastikan setiap peralatan disimpan semula ke dalam bangunan stadium. Tahun ini agak bernasib baik kerana mendapat kebenaran menyimpan barang di dalam stadium. Hanya box yang berisi dokumen serta peralatan penting sahaja di bawa balik.


Hari kedua itu berbaki acara 1500m L1. Turut menunggu Danial dan Arsyad menghabiskan acara terlebih dahulu. Kebiasaannya penyampian pingat dan sijil dibuat pada penghujung hari tersebut. Perlu menunggu acara penyampaian terlebih dahulu sebelum pulang ke destinasi masing-masing.


Bergambar meraikan Syafiq memenangi pingat perak bersama Danial dan Arsyad baru habis acara 1500m. Kedua atlet menjadi sandaran untuk merentas desa tahun 2025. Kawasan khemah telah dipastikan  kebersihan berada dalam tahap yang tinggi. Deposit kebersihan sebanyak RM50 dikenakan oleh pihak pengelola SMK Jalan 4. Setiap hari deposit akan dipulangkan setelah kebersihan terbukti mengikut piawaian yang telah ditetapkan.


Penulis hanya membayar deposit pada hari pertama sahaja. Tidak praktikal membayar setiap hari ke urusetia semata-mata untuk memastikan tahap kebersihan yang diingini. Sudah pastilah penulis memastikan kawasan kem SMKBTHO2 sentiasa bersih dari segala sampah. Tidak kelihatan ajk kebersihan meronda memastikan sampah bersih seperti tahun-tahun sebelumnya. Semua sekolah memberi kerjasama yang terbaik memastikan keadaan persekitaran stadium sentiasa dijaga kebersihannya.


Hari ketiga 31 Julai 2024 dimulakan dengan acara akhir 1500m. Kem SMKBTHO2 sekali lagi ceria setelah Ellina menghadiahkan pingat emas keduanya. Sekali lagi memecahkan rekod baharu MSSD 5:21.12 saat. Rekod lama 5:42 saat oleh Tham Yun Ern dari SMK Yu Hua. Tahniah Ellina juara berganda untuk tahun 2024 ini.


Seterusnya Arash Arrazi 3 Optimis telah berjaya menyumbangkan pingat ke empat bagi Kem SMKBTHO2. Arash berjaya menggondol pingat gangsa acara 200m Lari Berpagar L2 bawah 15 tahun dengan catatan masa 28.10 saat.


Kejayaan ini menebus kekecewaannya dalam acara 400m kerana gagal ke peringkat akhir dengan catatan 56.91 saat. Tahun lepas berjaya mendapat emas dan seterusnya bertanding ke peringkat negeri. Nasib tidak menyebelahinya pada kali ini.


Percaya pada proses, kerana adat bertanding ada menang dan kalah. Terus berusaha gigih bagi mendapatkan semula kejuaraan. Bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan yang ada. Persaingan semakin sengit di peringkat daerah ini. Semua sekolah pasti menghantar atlet-atlet yang berdaya saing yang tinggi.


Sekali lagi menunggu hingga upacara penyampaian hadiah selesai. Banyak khemah telah dibuka dan dikemaskan menandakan berakhirnya perjalanan hari ketiga. Bergambar bersama pemenang pingat gangsa 200m lari berpagar L2 Arash Arrazi.


Dua orang penyumbang pingat walupun pingatnya berubah warna. Tahun depan strategi baru bagi merampas kembali pingat yang pernah digenggam. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Buat sampai jadi!


Dua orang atlet ini Arash dan Syafiq perlu dicontohi oleh atlet SMKBTHO2 yang lain. Semangat tidak cepat putus asa dan bersemangat tinggi perlu ada pada setiap atlet. Kekuatan fizikal dan mental sudah pasti perlu dimiliki jika ingat merebut pingat. Syabas dan tahniah! kedua atlet yang menyumbang pingat bagi tahun kedua.


Hari keempat merupakan hari terakhir 1 ogos 2024. Hari ini penuh satu bas kerana terdapat acara lari berganti-ganti 4x400m. Kem SMKBTHO2 turut mendapat sumbangan air minuman isotonik yang disumbangkan oleh waris. Dato' Abdul Manap pernah menjawat YDP PIBG melalui anaknya telah menyumbang air tersebut. Secara tidak langsung meningkatkan semangat atlet untuk berjuang bersungguh-sungguh.


Selain air isotonik tersebut, air bancuh tidak kurang hebatnya. Oren campur sirap yang sangat sedap dapat menghilangkan dahaga badan. Cuaca panas sepanjang empat hari berkampung di stadium ini pastilah memberi cabaran yang hebat kepada atlet. Mereka juga membawa air kosong sendiri di dalam botol mengikut keperluan air masing-masing.



Hari ketiga semalamnya turut menerima sumbangan dari waris. Ibu kepada salah seorang atlet petang telah menyumbang air minuman dan air tin. Sumbangan seperti ini sangat bermakna kepada setiap atlet. Ini memberi minuman tambahan serta dapat meningkatkan semangat dan dorongan untuk prestasi yang lebih baik lagi. Semoga dimurahkan lagi rezeki kepada para penyumbang.


Suasana ketika atlet menjamu makan tengah hari. Salah satu elemen penting dalam pengurusan atlet. Makan tengah hari sangat penting bagi membekalkan tenaga. Makan awal memudahkan penghadaman berlaku lebih cepat sebelum acara bermula. Pernah suatu ketika atlet tidak mahu makan dengan alasan acara akan bermula. Pada hal acara lewat lagi. Kebiasaannya terpaksa menunggu giliran agak lama sebenarnya. Jikalau makan awal sudah pastilah makanan telah dihadam dengan baik. Akhirnnya, setelah berlari badan tidak berdaya dan kurang tenaga.


Rentetan peristiwa itu, setiap tahun semua atlet diwajibkan makan secara paksa walaupun ada yang masih degil. Semuanya adalah untuk kebaikan atlet itu sendiri. Ini juga melatih mereka untuk sentiasa bersyukur tentang apa yang dimiliki serta perlu dihargai. Makan beramai-ramai lebih seronok dan meriah. Pengalaman seperti ini perlulah disimpan sebagai memori.


Selain itu, menerapkan nilai menjaga kebersihan serta mengemas selepas selesai menikmati juadah. Melatih berdikari serta tahu untuk mengemas selepas selesai makan dan minum. Tolong-menolong dan kerjasama berpasukan memastikan khemah berada dalam keadaan teratur dan sempurna bagi menjamin keselesaan.


Gelas selepas guna hendaklah dibasuh. Air paip yang kosong diisi semula. Semuanya dibuat oleh atlet bagi melatih untuk kehidupan seharian. Kanvas ada sisa-sisa makanan atau tumpahan air hendaklah dibersihkan. Ini penting memberi laluan rakan lain pula untuk duduk menikmati juadah seterusnya. Rakan yang baru habis acara memerlukan rehat seketika sebelum manjamah. Rakan yang selesai awal turut menghulurkan minuman kepada atlet tersebut. Nilai seperti inilah penting agar tiada yang mementingkan diri sendiri.


Suasana begini telah biasa dilalui oleh atlet olahraga kem SMKBTHO2. Pemilihan tapak khemah di bawah pokok memberi suasana redup dan menyelesakan. Untungnya stadium ini mempunyai kawasan lapang yang berumput serta ada pokok. Sangat sesuai untuk dipasang khemah.


Hari terakhir semua peralatan dibawa balik ke sekolah semula. Setiap aatlet bertanggungjawab memastikan peralatan berada dalam keadaan baik dan tidak tercicir. Kawasan khemah tiada sampah bersepah. Semua bekerjasama mengutip cebisan sampah. Pastikan tinggalkan kawasan dalam keadaan bersih.


Selesai acara akhir 4x400m P3 perempuan bawah 14 tahun semua atlet siap mengemas. Hanya rampaian 4x400m P3 sahaja yang layak ke peringkat akhir. Tahun hadapan kategori lain perlu berusaha lagi untuk layak ke peringkat akhir dan terus merebut pingat.



Upacara penutup Kem SMKBTHO2 mendapat berita gembira setelah Ellina Irez dinobatkan Olahragawati P3 dan Olahragawati. Tahniah Ellina kerana berjaya memecah rekod baharu acara yang disertainya.

Perancangan bagi tahun hadapan bagi meningkatkan lagi prestasi atlet agar mendapat tempat dan pingat yang lebih baik lagi. Terus berusaha dan jangan cepat mengalah.

73, Jojet de 9w2dya



No comments:

Post a Comment

Radiosonde 2405011782 Gagal ditemui

  Semalam 17 September 2024 telah melancarkan misi pencarian belon KLIA secara solo di Tanah Merah, Port Dickson. Misi mencari radiosonde 24...