Kembara Bahasa 2012


Kembara Bahasa 2012 telah berlangsung pada  6 hingga 7 April 2012 bertempat di Excel Training ang Country Resort, Ulu Beranang, Lenggeng Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu.

Perkhemahan Kembara Bahasa (KEMB) merupakan antara program peningkatan prestasi akademik yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu di bawah dasar Memperkasakan Bahasa Malaysia (MBM).

Kem ini dijalankan berfokus pada pemantapan kemahiran pelajar dalam penulisan, tatabahasa dan komsas. Oleh itu, seramai 126 pelajar dan 28 orang guru dibawa dalam situasi yang berbeza untuk menyampaikan dan mendapatkan ilmu dan kemahiran berbahasa dengan lebih berkesan.

Rasional

- Pencapaian peratus kelulusan Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang belum cemerlang secara kuantiti.

- Program ini secara tidak langsung menjadi serampang dua mata iaitu memudahkan pelajar mempelajari tatabahasa dan cara menulis karangan yang baik dan memudahkan guru melaksankan P&P dalam membimbing pelajar penulisan  karangan.

- Pelajar perlu diberi keyakinan untuk meneroka aspek-aspek komsas respon kendiri yang boleh meningkatkan prestasi mereka.

Objektif

- Menguasai  kosa kata yang lebih luas dan tepat penggunaannya.

- Menimba kemahiran membina ayat yang pelbagai dengan pola dan struktur yang gramatis.

- Membina kemahiran menjana idea untuk menjawab soalan dengan bernas

- Menghasilkan sketsa yang menarik berdasarkan aspek komsas yang dipelajari.

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...