9M0L berita terkini


Nampaknya 9M0L menjadi buruan Dxer. Ini terbukti sehingga artikel ini ditulis (7724 QSOs logged up to 12 April 2012 12:36Z). Menunjukkan sehingga jam 12:36UTC 12 April 2012 sebanyak 7724 QSO telah dapat dicapai. Tahniah diucapkan kepada semua ahli dxpdc yang bertungkus-lumus menjayakan dxpdc ini.

Melihat kepada jumlah lookup di QRZ.com telah mencapai 30060. Ini menunjukkan ramai rakan ham membuka laman 9M0L sebagai rujukan.

Manakala carta Current Hot Callsigns @ QRZ senantiasa mendapat tempat teratas sekali. Semasa artikel ini ditulis 9M0L mendapat124 lookup. Ada rakan kita 9M2PJU ketika ini mendapat 28 lookup. Penulis berangan ingin diletakkan di dalam carta tetapi manakan mungkin sebabnya tidak ke udara atau QSO.

Menduduki carta ini berdasarkan siapa yang sedang QSO secara langsung rakan-rakan akan merujuk QRZ.com. Ini dilihat di Live DX Spots from DXWATCH.COM. Oleh itu rakan yang hendak melebarkan sayap lebih jauh lebih baik mendaftar disini dan mempunyai halaman sendiri. Penulis setakat ini telah mencapai 3541 lookup.

Penulis ingin monitor 9M0L di webSDR tetapi masih  belum berkesempatan bertemu lagi. Tidak mengapa, ada 10 hari lagi 9M0L bertempur diudara sebelum melabuhkan tirainya pada 24 April 2012. Rakan lain sama-sama kita memberi sokongan kepada semua ahli dxpdc ini.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...