Kem Bina Semangat Olahraga 2012

Kem Bina Semangat Olahraga 2012


Kem ini bertujuan membina jati diri dikalangan pelajar terutama ahli kelab serta atlet sekolah serta pelajar yang berminat. Pendekatan yang digunakan adalah pendidikan luar iaitu pengajaran melalui pengalaman. Pelajar akan didedahkan pelbagai aktiviti berpasukan dan kerjasama diawasi oleh Jurulatih yang Mahir dan berpengalaman. Faktor keselamatan diri adalah diutamakan.



Tentatif Program

Hari Pertama Rabu 6 Jun 2012

8.00 pagi: Pendaftaran

8.30 pagi: Kumpulan kita

9.30 pagi: Logo dan Sorakan

10.30pagi: Minum Pagi

11.00pagi: Taklimat Kem

12.00tgh: Bertolak ke Outback Broga

1.00ptg: Check-in dan makan tengahari Solat Zohor.

2.00ptg: Outdoor Adventure Aktiviti

6.30ptg: Persiapan diri

7.00mlm: Makan Malam dan Solat Maghrib dan Solat Isyak

9.00mlm: Sejam Bersama Pendaki Everest

10.30mlm: Kunang-kunang

11.30mlm: Tidur



Hari Kedua Khamis 7 Jun 2012


4.30pagi: Bangun

5.30pagi: Mendaki Bukit Broga dan Solat Subuh

8.30pagi: Sarapan

9.00pagi: Flying Fox, Wall Climbing dan Kayak

11.00pagi: Check-out dan berjalan ke kaki Bukit Broga.

12.00tgh: Ikhtiar Hidup

2.00petang: Penutup dan Melawat Rabbit Farm

3.00petang: Pulang

Peralatan yang perlu dibawa

1. Kasut Sukan

2. Selipar

3. Lampu Suluh dan bateri

4. Perubatan Peribadi

5. Pakaian sukan atau aktiviti

6. Pakaian Tidur

7. Pakaian Solat

8. Lilin sebatang

9. Topi atau Tudung

10. Botol Air

11. Cokelat atau gula-gula

12. Cawan atau gelas plastik

13. Pinggan plastik

14. Beg Sandang

15. Baju Hujan

16. Buku Catatan dan alatulis



Peraturan

Pastikan anda mengisi borang kebenaran ibu bapa adalah wajib. Anda mestilah sihat tubuh badan dan mampu melakukan pelbagai aktiviti. Anda juga tidak menghidapi sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung, lelah dan sebagainya. Pihak penganjur berhak menukar program pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan keadaan cuaca. Pelajar wajib memakai kasut sepanjang aktiviti luar dijalankan.

Bayaran sebanyak RM65.00 untuk ahli kelab dan RM70.00 untuk bukan ahli. Tarikh akhir pembayaran 7 Mei 2012 atau siapa cepat dia dapat.

Kuota Bilangan Peserta
- Pelajar sesi petang 40 orang
- Pelajar sesi pagi 30 orang
- Pelajar Tingkatan 6 sebagai Fasilitator 10 orang

http://9w2dya.blogspot.com/



No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...