Segala yang tercinta ada di sana

Merupakan tajuk slot untuk aktiviti mendaki Bukit Broga dalam Kembara Bahasa 2012. Seperti yang dirancang aku QRV di 147.495Mhz sepanjang xpdc ini. Seawal 3.30 pagi peserta telah bersiap untuk memulakan xtvt ini. Tugas fasi dari Pepias sangat bagus bagi mengejutkan adik-adik yang masih dibuai mimpi yang indah. Terdapat juga dalam kalangan peserta tidak dapat melelapkan mata kerana tidak sabar untuk menawan puncak Broga ini.

Mereka berkumpul di tapak perhimpunan dan bergerak menaiki bas jam 4.30 pagi. Tiga buah bas berkonvoi ke kaki Bukit Broga dengan membawa seramai 119 orang peserta serta 14 orang fasi dan beberapa orang guru pengiring yang diketuai oleh seorang jurupandu yang berpengalaman.

Ketua fasi memberi taklimat  serta diikuti dengan bacaan doa. Sebelum itu aku memberi taklimat dan peringatan tentang langkah-langkah keselamatan semasa xtvt ini dijalankan.

Berpandukan cahaya lampu suluh dan disinari cahaya bulan terang semua peserta memulakan langkah untuk menawan Bukit Broga. Kegembiraan dapat dilihat walaupun dalam kegelapan subuh. Tapi faktor keselamatan adalah diutamakan kerana permulaan trek amat bahaya kerana terdapat gaung yang dalam akibat proses hakisan.

Tiba dipermulaan trek lalang seorang peserta tidak larat dan berdaya untuk meneruskan pendakian. Terima kasih kakak fasi yang menemankan pelajar ini. Peserta lain sudah mula mendaki bukit yang curam dengan bantuan tali yang disediakan. Suasana begitu meriah kerana bukan kumpulan kami sahaja yang mendaki, tetapi orang ramai semakin berduyun-duyun tiba turut serta untuk melihat keindahan persekitarannya.

Kedengaran azan subuh berkumandang, dan kami berhenti sebentar selepas melepasi puncak pertama. Beberapa orang pelajar tidak meneruskan pendakian bersama beberapa orang guru menunggu di situ sahaja disamping menunaikan tanggungjawab.

Puncak kedua beberapa minit pendakian selepas itu. Tiba di situ semua orang melakukan tanggungjawab di kawasan yang sesuai. Keghairahan merakam detik terindah oleh peserta termasuklah guru kerana pemandanganya amat indah tidak terungkap dengan kata-kata. Tiada kata secantik bahasa. Pengalaman ini bagus untuk pelajar mendapat ilham dalam penulisan karangan ataupun mencipta sajak.

Banyak nilai dan pengajaran yang diperolehi jika pelajar melakukan aktiviti luar seperti pendakian ini. Pengalaman menempuh pelbagai dugaan dan rintangan memberi kesan yang amat dalam dan cepat ke dalam sanubari individu itu sendiri. Ia tidak boleh diperolehi melalui pembacaan ataupun dapat dibeli di toko buku. Sebab itulah aktiviti luar yang mencabar dan lasak ini, menjadi satu keseronokan yang sukar dilupakan sampai bila-bila masa.

7.30 pagi perjalanan turun bermula lebih mencabar. Aku memanggil-manggil mana-mana rakan yang berkesudian dan berkelapangan tetapi tiada berjawab. Maklumlah waktu orang sibuk dengan tugasan. Walaupun tidak dapat bersalaman diudara aku akhirnya bersalaman didaratan sekali lagi dengan 9W2ABS. Ribuan terima  kasiha atas nasihat kepada peserta memilih laluan yang betul dan selamat di sebelah kiri. Laluan yang dicadangkan itu sangat baik kerana ada kemudahan tali untuk menuruni lurah yang curam sekali.

Kerjasama semua peserta amat baik  telah melancarkan perjalanan turun. Perasaan gembira mengiringi perjalanan pulang walaupun keletihan mendaki terasa keseluruh tubuh.

Tiba di Excel Training & Country Resort mereka meneruskan xtvt seterusnya didewan. Walaupun keletihan dan kepenatan serta mengantuk, dengan kesungguhan yang ada semua peserta bersemangat melakukan pelbagai aktiviti hingga ke petang.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...