Kejohanan Road Run SMKBTHO2 Kali ke 9 2012


Kejohanan Road Run SMKBTHO2 kali ke 9 2012 akan diadakan pada hari Sabtu 21 April 2012. Acara bermula jam 8.00 pagi dihadapan sekolah. Sebanyak 2 kategori utama iaitu Bawah 18 dan Bawah 15 tahun. Jarak larian adalah sejauh 7km bagi pelajar lelaki manakala bagi pelajar perempuan adalah 6km.

Acara dijalankan dipersekitaran Suadamai dan Lebuh Utama Bandar Tun Hussein Onn dari arah Suakasih ke Alam Damai. Pihak penganjur berharap pengguna jalan raya berhati-hati ketika para pelajar sedang mengikuti acara ini. Terutamanya di Lebuh Utama kerana pelajar akan berlari dibahu jalan. Walau bagaimanapun langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan meletakkan pegawai-pegawai ditempat yang strategik bagi mengawal keselamatan para peserta. Peserta juga telah diingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri semasa acara ini berlangsung.

Sehubungan dengan itu juga, acara melihat trek akan diadakan pada hari Selasa bersamaan 17 April 2012 bagi sesi petang. Pelajar akan membiasakan laluan trek larian yang akan bermula jam 5 hingga 6 petang. Sekali lagi, pihak penganjur berharap pengguna jalan raya berhati-hati ketika melalui jalan yang digunakan oleh pelajar. Maklumlah bahawa ketika itu orang ramai berpusu-pusu pulang ke rumah dari tempat kerja masing-masing.

Rakan Alam Damai V47 boleh menghebahkan tentang trafik ini terutama yang sentiasa menggunakan jalan raya di persekitaran Bandar Tun Hussein Onn. Kerjasama anda semua amatlah dihargai.

Acara tahunan ini merupakan kalendar wajib diadakan bagi melaksanakan gagasan 1 Murid 1 Sukan. Mungkin satu hari nanti rakan Alam Damai V47 boleh memberi bantuan komunikasi dalam melancarkan lagi perjalanan kejohanan ini. Pihak penganjur mempunyai  set handy UHF tetapi kadangkala QSO tidak dapat berjalan lancar kerana kedudukan yang jauh antara satu sama lain disamping halangan keadaan geografi. Bila menjadi keadaan sebegini talian berbayar adalah yang menjadi pilihan utama dalam menyampaikan maklumat. Semoga kerjasama semua pihak dapat melancarkan lagi perjalanan porgaram.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...