Day hiking di Lolo, Gunung Nuang Selangor

Pada 21 Mei hari Sabtu yang lalu aku bersama beberapa rakan saltmine telah mengadakan aktiviti trekking ke Lolo melalui jalan balak atau trek 4x4 yang disediakan. Perjalanan dari Hutan Lipur Gunung Nuang yang menyediakan pelbagai kemudahan sepeti Chalet, Surau, Pejabat Renjer, Wakaf, tandas serta tapak perkhemahan dan juga tempat letak kereta. Koordinat di sini adalah  lat. 3.2169'N dan long. 101.8832'E serta alt. 214 meter. Semua berkumpul sejak jam 7.30 pagi lagi untuk persiapan. Tepat pukul 8.00 pagi barulah ketua xpdc dengan jelopinya sedia untuk membawa makanan dan peralatan ke tapak perkelahan. Beliau akan diiringi oleh dua orang rakan bagi membantu persiapan tempat dan penyediaan makanan. Perhubungan komunikasi akan dibuat melalui rig mobilenya serta dua handy yang digunakan oleh leader dan sweeper. Perjalanan kami juga dibantu oleh Renjer yang menggunakan motorcross bagi memastikan keselamatan peserta terjamin. Seorang daripada mereka juga mempunyai handy bagi memudahkan QSO dan memantau pergerakan kami sewaktu perjalanan.
Sebelum memulakan perjalanan taklimat ringkas diberi oleh renjer tentang langkah-langkah keselamatan sewaktu perjalanan dan juga di dalam hutan. Kemudian aku diarahkan oleh ketua bagi membuat aktiviti regangan bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan diri. Setelah itu, Ustaz membaca doa selamat bagi mendapat keberkatan sepanjang perjalanan. Perjalanan dimulakan oleh jelopi Ketua xpdc dan juga monitor difrekuensi bagi perjalanan yang selamat. Farouk selaku leader di depan dan aku sebagai sweeper berada di belakang memastikan semua peserta akan selamat tiba tanpa masalah.
Sepanjang perjalanan cuaca amat baik sekali di kawasan hutan pokok pine dengan suasana nyaman sekali. Bertemu dengan papan tanda menunjukkan kemudahan sepanjang laluan. Kami akan bertemu dengan 6 buah pondok sebelum tiba ke destinasi. Papan tanda ini juga merupakan permulaan trek yang baru yang akan melintasi beberapa kali sungai menurut rakan yang melalui trek baru itu. Kami tidak mengikuti trek hutan tetapi mengikuti jalan balak atau jalan tanah merah, tetapi apabila hampir tiba di tempat yang dituju jalannya berturap tar. Sepanjang laluan adakalanya landai dan juga sedikit mendaki yang curam juga. Aku sebagai sweeper memberi dorongan dan semangat kepada peserta yang berada dibelakang bagi memastikan selamat tiba ke destinasi.
Perjalanan melalui pondok 1, pondok 2, pondok 3 dan terdapat juga pondok orang asli yang membuat kebun disitu. Koordinat pondok 4 Lat 3.2273'N Long 101.8923'E. Seterusnya berjalan ke pondok 5 koordinat Lat 3.2286'N Long 101.8991'E. Seterusnya melalui pondok orang asli yang kedua Lat 3.2319'N Long 101.9011'E dan Lat 3.2322'N Long 101.9013'E dan akhirnya selepas dua jam berjalan tiba di destinasi Lat 3.2339'N Long 101.9016'E .
Langkah kaki kanan sampai sahaja hidangan telah tersedia apa hendak tunggu kumpulan belakangpun makan apa yang dihidangkan. Selepa berehat dang mengisi perut aktiviti berendampun bermula di jeram sungai lolo itu. Kedinginan airnya sangatlah mencengkam tulang tetapi menghilangkan keletihan. Sungguh seronok sekali bila sekali sekala berendam di sungai. Sambil itu rakan memanggang ayam bbq untuk hidangan seterusnya.Yang lain sibuk berendam badan lagi sehingga jam 2 semua xtvt berhenti untuk bergerak pulang ke Hutan Lipur Gunung Nuang.
Perjalanan pulang lebih mencabar kerana tiba-tiba hujan lebat turun ketika cuaca panas. Jadi peserta perlu lebih berhati-hati kerana trek licin dan merbahaya yang boleh mendatangkan kecederaan. Jam 3.30 petang semua peserta selamat tiba setelah aku yang dibelakang telah memastikan semua peserta selamat tiba. Selepas bertukar pakaian semua peserta bergambar kenangan sebelum pulang ke base masing-masing.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Belon Ozonesonde Gaya Baru

Credit 9W2OCX   Belon ozon KLIA telah jatuh pada hari khamis yang lalu telah berjaya ditemui pagi tadi di Nilai. Belon ini disedari oleh Zah...