UTM ARDF 2010

To all "FOX HUNT" or "AMATEUR RADIO DIRECTION FINDING" (ARDF) fans
Universiti Teknologi Malaysia's Student Representative Council (MPMUTM)


with cooperation with

Gerakan Belia 4B Kawasan Johor Bahru
and
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Zon Selatan

for the first time organized
"UTM Introductory ARDF Open (Fox Hunting) 2010"



Basic workshop and introduction to amateur radio will opened to all hams community and also to all interested public. Seats are limited.



Amateur Radio exhibition will be held from the morning to the evening.




Fox hunt will be held on
Saturday
January 30, 2010
at UTM's Main Lake



Registrations are open now untill before
January 16, 2010



ARDF and Antenna Workshop will be held on the day before the competition,
Friday
January 29, 2010
at 3pm to 9 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera, UTM Introductory ARDF Open (Fox Hunting) 2010, merupakan program yang julung - julung kalinya diadakan di UTM. Tujuan utama program adalah untuk memperkenalkan Amateur Radio dimata IPT serta menguatkan ikatan antara pengendali radio amatur amnya dengan menjurus kepada aktiviti "directional finding". Dengan program sebegini, kami berharap agar orang awam sedar akan kewujudan, kepentingan, keperluan dan kemajuan radio amatur kini.

Amateur Radio Directional Finding (ARDF) merupakan salah satu daripada aktiviti "outdoor"warga ham yang sangat berfaedah kepada warga ham serta orang awam. Aktiviti ini memerlukan stamina yang secukupnya dan "skill" yang mantap bagi menguasai permainan ini. ARDF merupakan aplikasi mencari arah menggunakan radio. Dengan berbekalkan radio, antena "yagi" dan kompas, peserta mampu mencari beacon yang tersembunyi berdasarkan pada "signal bar" pada radio.

Umum tahu bahawa, setiap warga ham mempunyai semangat yang luar biasa. Mereka menggunakan radio untuk hobi namun pada masa yang sama mampu menjadi sukarelawan komunikasi ketika diperlukan. Dengan semangat berani mencuba dan saling bantu membantu, mampu memajukan arena radio amatur Malaysia. Berbekalkan teori dan pengalaman, warga ham mampu membuat sendiri antenna termasuk antenna untuk berkomunikasi dengan International Space Station (ISS) dan pelbagai lagi. Ini membuktikan warga ham mampu berdikari dan memajukan diri serta komuniti ham amnya.

Dengan wujudnya program seumpama ini di bumi UTM ini, harapan kami agar dibumi UTM ini dijadikan medium pertukaran dan perpindahan ilmu bagi menaiktaraf teknologi serta ilmu sedia ada. Warga ham amnya, kaya dengan pelbagai pengalaman mengendalikan peralatan, dan warga IPT kaya dengan teori perlaksanaan, jika kedua- duanya digabungkan, ia bakal melonjak dan memajukan radio amateur itu sendiri..... jom kita cari musang....


http://utmardf.blogspot.com

Petikan dari UTM ARDF 2010
P/s
Ardf ini tak pernah lagi, apatah lagi nak cari musang. Orienteering pernahlah dulu masa aktif belajar dan masa zaman sekolah dahulu. Seronok berlari ke sana-sini untuk mencari control marker itu. Nasib baik warna oren dari jauh dan nampak dah untuk punch pada control card. Salah tebuk kat petak mungkin disqualified. Kadang kena baca betul-betul map itu, takut salah tempat, penatlah kalau kategori lain yang punya.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...