Kesempatan mengunjungi Hamfest yang pertama harap ada lagi selepas ini pada sabtu 31 Julai bersama xyl. Tiba di kaki KL Tower kelihatan ramai pengunjung berpusu-pusu ke sana. Selain hamfest, ada acara lain juga berlangsung sepanjang hujung minggu itu. Sampai di pintu masuk terpampang banner besar hamfest lalu bergambar kenangan. Terus menapak ke tempat pendaftaran.Sepanjang perjalanan kelihatan jelopi rakan-rakan di tepi jalan. Sampai sahaja di meja pendaftaran di sambut urusetia 9w2bdl dan dua orang yang tak pasti callsignnya. Terus daftar bersama xyl mendapat lencana dan terus ke kaunter tiket untuk mendapat sticker KLTower dan terus naik ke tower head 3. Acara yang sedang berlangsung adalah Santai bersama Ham Veteran 9m2fk dan 9m2gj dipengerusikan oleh Pak Yup 9m2yrs. Ramai juga rakan ham bersama-sama dalam aktiviti santai ini. Seisi soal jawab bersekitar pengalaman kedua rakan ham veteran ini. Soal jawab dikemukakan oleh rakan ham bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Apa yang ditekankan oleh kedua rakan ham veteran ini adalah betapa pentingnya warga ham mengikuti SOP dalam qso. Ini penting bagi menghormati rakan yang sedang qso bersama rakan yang lain. Pengalaman kedua mereka ini memberi satu pengalaman yang baru disamping bertukar-tukar cerita dengan rakan yang lain. Tahniah juga kepada 9m2yrs berjaya mengandali ini dengan baik sekali. Selesai sudah acara, sumbangan hadiah oleh pihak penganjur diikuti dengan bergambar kenangan. Dapatlah juga bersama-sama rakan ham yang lain semasa di megaview. Sempat juga aku bergambar dengan 9m2fk,9m2gj dan 9m2yrs. Ada juga kenalan lama hafiz 9w2wrk bersalaman didaratan dan rakan lain seperti 9w2bhl Pak Farid. Selepas itu, tidak melepaskan peluang untuk bergambar suasana Kuala Lumpur. Sebelum naik lif yang laju itu, sempat bersalaman dengan Azam 9w2zxz yang baru tiba dari Johor semata-mata hendak menghadiri aktiviti santai itu. Beliau turut memberi peta dunia ham kepada kedua rakan veteran semasa penyampaian hadiah. Selepas puas bergambar aku dan xyl turun bawah. Tibanya dibawah hujan turun dengan lebatnya. Jumpa pula dengan Iqbal 9w2mrq di bawah ketika menunggu hujan reda untuk melawat ke tapak pameran yang lain. Selepa itu, bergambar lagi dengan beberapa rakan yang lain sebagai kenangan. Apabila dah reda terus ke tapak pameran bahagian komunikasi polis dan Skuad penyelamat DBKL. Ketika ke sana terserempak pula dengan Ben 9w2lmf bersama rakannya yang tidak pasti callsignnya. Turut bersalaman dengan 9w2rvs ketika hendak balik ke tempat pendaftaran. Selepas itu dapat juga melihat hasil homebrew 9w2rf memang mengagumkan. Balik dengan kepuasan kerana mendapat satu lagi pengalaman yang berharga. Harap masa hadapan diadakan lagi Hamfest untuk merancakkan lagi aktiviti radio amatur di Malaysia.9w2dya
Gambar diambil daripada blog 9w2mrq.Gambar bersamanya di Hamfest 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment