Radio dua hala terus relevan hingga kini

Itu adalah tajuk rencana akhbar berita Harian bertarikh 10 Februari 2012 hari Jumaat yang ditulis oleh Azrul Affandi Sobry. Tahniah diucapkan kepada penulis atas rencana yang secara tidak langsung telah membuka mata masyarakat tentang kepentingan radio amatur dalam kehidupan seharian. Walaupun penulis lebih tertumpu pada radio dua hala yang secara tidak langsung turut mempromosikan perkhidmatan radio amatur.

Menurut rencana beliau lagi sehingga hari ini terdapat 8,943 orang memiliki lesen kelas B manakala seramai 648 orang memilki lesen kelas A. Sumber rujukan beliau daripada SKMM. Berdasarkan statistik tersebut 9W menguasai perkhidmatan radio amatur di Malaysia.  SKMM bolehlah mensasarkan sehingga 10 ribu pemegang 9W dan 1 ribu pemegang 9M bagi memperbanyakkan lagi pemegang lesen radio amatur di Malaysia.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Belon Radiosonde D20054270 jatuh di Banting

  Pada malam ini jam 21:08 belon radiosonde D20054270 telah jatuh di Banting. Lokasi merujuk peta google satelit jatuh kawasan hutan. Altitu...