Aktiviti Radio Amatur di Perhimpunan Pengakap Sempena Hari Pengasas Pengakap Sedunia ke-156


Sabtu 2 Mac 2013, aku telah berkesempatan untuk menghadiri Perhimpunan Pengakap sempena Hari Pengasas Pengakap ke - 156 tahun di padang SMK KGV Seremban.



Aktiviti ini dapat diketahui melalui FB dan juga WhatsApp yang disebarkan oleh rakan ham. Oleh kerana aku berkelapangan hari ini, maka aku mengambil kesempatan untuk pergi melihat aktiviti yang ada di sana.

Aku memandu jelopi melalui jalan Bangi terus ke Lekas highway disamping untuk menguji tracker yang digunakan memandangkan igate 9W2CEH-3 berdekatan dengan laluan ini.

Tiba di Seremban, kelihatan di padang sekolah ini  telah  ramai anggota Pengakap  berkumpul untuk melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur.

Tempat yang dituju pastilah ruang pameran radio amatur yang terletak di stor sukan berdekatan dengan pintu pagar besar. Kelihatan beberapa rakan seperti 9W2NIE, 9W2LFC, 9W2LPM, 9W2OAK dan 9W2JKO telah bersedia untuk menerima kehadiran anggota Pengakap bagi memulakan aktiviti radio amatur.

Mereka telah bertungkus-lumus sejak petang semalam bagi memastikan segala peralatan radio dapat digunakan dengan sempurna. Tahniah dan syabas kepada semua rakan ini sehinggakan ada yang tidak tidur untuk memastikan program ini berjalan lancar.
Inilah semangat ham yang terus dipegang kerana mempunyai minat yang mendalam bagi menyebarkan minat ramai terhadap hobi ini.

Bermula jam 10 pagi sudah ramai anggota pengakap bergerak ke stesen aktiviti bagi memenuhi syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil dan lencana program. Setiap orang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 9 chop aktiviti. sebelum layak dianugerahkan lencana yang istimewa ini.

Pada ruang pameran radio pula, terdapat dua rig disediakan bagi tujuan demonstrasi dan beberapa handy dipamerkan serta peralatan yang lain. Masing-masing memainkan peranan sendiri bagi menerangkan tentang segala peralatan dan prosedur untuk menggunakan peralatan radio.

Pemerhatian yang dibuat mendapati anggota pengakap ini sangat teruja apabila diberi peluang untuk QSO dan perasaan ingin tahu tentang peralatan dan fungsinya.

Percambahan idea dan pengetahuan dapat dilahirkan apabila pendedahan dan penerangan seperti ini dibuat agar ia dapat menarik minat kalangan mereka untuk menceburi hobi yang saintifik ini.

Aktiviti pendedahan dan promosi ini secara tidak langsung dapat menarik minat lebih ramai orang terutama anggota pengakap untuk memiliki lesen dan seterusnya dapat aktif memancar di mana-mana frekuensi.

9W2NIE Abg Sugus memainkan peranan penting dalam mengendalikan stesen apabila anggota pengakap mencuba untuk QSO bersama stesen lain. Memilih RAKL dapat bekerjasama yang erat dengan 9W2BIZ Cikgu Baha di Selayang yang QSO bersama-sama dengan anggota pengakap. Terima kasih RAKL atas laluan yang diberi bagi memberi peluang untuk anak-anak ini pengalaman yang sangat berguna.

Suasan meriah dapat dilihat di sini setelah semua anggota menyudahkan pelbagai aktiviti bagi prasyarat mendapatkan lencana. Ada yang mencuba berkomunikasi melalui handy dan sangat teruja apabila berpeluang menggunakannya.

Selepas jam 12.00 tengahari aktiviti hampir tamat dan aku berkesempatan ke khemah yang menjual cenderamata kenang-kenangan. Aku membeli dua helai t-shirt kenang-kenangan yang berharga RM20 sehelai untuk dibawa pulang.

Selepas bersalaman bersama stesen yang telah melakukan tugasan dengan baik, akupun pulang ke base melalui Plus highway pula. Kepuasan terpancar apabila dapat membantu untuk mempromosikan lagi hobi yang menarik ini dalam kalangan anggota pengakap. Jika ada kelapangan lagi, aktiviti  seperti ini akan aku teruskan bagi memberi kesedaran tentang betapa seronoknya setelah mengenali hobi yang saintifik ini.

Terima kasih kepada 9W2LFC yang telah menjemput rakan radio bagi mengendalikan segmen ini serta rakan-rakan lain yang dapat berkenalan dan bersalaman didaratan. Ada kesempatan kita dapat bersalaman di udara pula. jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

gambar diatas credit kepada 9W2LFC



No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...