Perbaharui AA 2016

Semalam ke SKMM Cyberjaya untuk memperbaharui AA yang akan tamat tempohnya hujung tahun ini. Rupanya HQ SKMM telah berpindah ke bangunan baru berhadapan HQ lama.

HQ lama diduduki oleh SKMM bahagian tengah yang sebelum ini pejabatnya di Shah Alam.

Nasib baik kaunter di SKMM HQ lama menerima wang pos aku. Tidak perlulah ke pejabat baru untuk menguruskan lesen baru ini.

Bersalaman pula dengan 9W2YDR yang turut menghantar permohonan memperbaharui lesen radio amatur.

73, Jojet de 9W2DYA

Adventure Camp 2015

Pada 8 dan 9 November 2015 yang lalu Redah Adventure & Explorer telah mengadakan program Adventure Camp 2015 untuk Kelab Pencegahan Jenayah SMKBTHO2.



Seramai 24 peserta telah mengikuti program dua hari ini dibantu oleh tiga orang Jurulatih yang terdiri daripada Guru Praktikal.

Aktiviti pertama bermula di sekolah merupakan aktiviti Ice Breaking yang berbentuk team building. Aktiviti berkonsepkan sukaneka ini amat menyeronokkan yang memerlukan penglibatan semua peserta.

Sebelum aktiviti ini, taklimat tentang peraturan dan keselamatan diberi untuk memastikan setiap peserta faham dan dapat mengikuti segala perancangan tanpa masalah.



Setiap peserta melakukan dengan sebaiknya untuk mencapai matlamat menghabiskan segala tugasan yang diberi. Kerjasama yang jitu dapat dilihat dalam setiap kumpulan.

Kemudian peserta dibekalkan kertas mahjong dan pen marker untuk pembentangan kumpulan yang bertajuk Pulau Impian. Pembentangan akan dijalankan pada sebelah malamnya.



Jam 12.00 tengahari bas yang sedia menanti telah dinaiki oleh setiap peserta ke destinasi yang dituju di Outbac Broga.



Sampai di Outbac Broga, peserta telah diberi taklimat oleh Instruktor Outbac tentang kemudahan serta aktiviti yang akan diadakan sepanjang dua hari ini.



Penyelia camp memberi kunci serta taklimat dan peserta mendengarnya dengan penuh khusyuk. Kemudian, peserta ke dewan makan untuk makan tengahari.



Aktiviti makan bersama juga sangat penting untuk melatih hidup berdikari. Setiap peserta akan makan apabila semua telah mendapat makanan dan dimulakan dengan bacaan doa. Selepas makan pinggan dan gelas hendaklah dibasuh sendiri bagi melatih peserta sikap bertanggungjawab.



Kesabaran beratur mengambil makanan terpancar diwajah setiap peserta. Ini melatih peserta lebih menghargai masa serta mengambil makanan mengikut keperluan sahaja. Jikalau ingin tambah, boleh dilakukan setelah hidangan pertama dihabiskan. Sikap membazir makanan adalah tidak digalakkan sama sekali. Setiap peserta adalah wajib mengambil makanan kerana segala aktiviti yang dilakukan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.



Aktiviti team building yang pertama adalah spider web untuk kumpulan perempuan.



Manakala kumpulan peserta lelaki pula melakukan aktiviti memanjat tembok 12 kaki. Instruktor yang terlibat memberi taklimat terlebih dahulu sebelum aktiviti dilaksanakan.



Aktiviti spider web memerlukan setiap peserta bekerjasama keluar dari sarang lelabah tanpa menyentuh tali lelabah setiap ruang yang ada. Setiap peserta hanya dibenarkan melepasi diri dengan sekali percubaan. Ketika inilah setiap peserta merangka strategi untuk melepaskan diri. Kerjasama berkumpulan amat diperlukan kerana memerlukan bantuan antara satu sama lain.



Walaupun nampak mudah bagi peserta, selepas melakukannya barulah mereka ketahui betapa penting semangat kerjasama berpasukan.



Bagi aktiviti memanjat tembok pula, sememangnya terserlah bahawa memerlukan kerjasama setiap orang bagi melepasi tembok tinggi ini.



Walaupun nampak mudah, ia amat sukar setelah melaluinya. Ia juga perlu merancang strategi yang tepat bagi setiap peserta melepasi tembok ini. Malahan kesilapan dan kealpaan tanpa mengikut arahan boleh mendatangkan kecederaan kerana aktiviti ini mempunyai risiko yang tinggi.



Ia juga memerlukan keyakinan diri yang tinggi serta percaya kepada rakan-rakan yang lain. Tumpuan yang tinggi serta perhatian yang amat tinggi diperlukan bagi melepasi halangan ini. Jikalau banyak bermain dan tidak serius pasti sukar untuk melapasi setiap tugasan yang diberi.



Aktiviti teambuilding ketiga adalah wild woosey yang memerlukan peserta melepasi halangan tali berdua. Berpegangan tangan melepasi rentangan kabel yang mempunyai jarak dan ruang yang berbeza.



Kerjasama dan percaya antara satu sama lain adalah amat diperlukan bagi tugasan ini. Nampak mudah juga, tetapi apabila sudah melaluinya pasti merasai kesukarannya. Jikalau peserta terjatuh ke tanah maka terpaksa mengulanginya sekali lagi. Rasa percaya antara satu sama lain wujud untuk melepasi halangan ini. Fokus haruslah tinggi agar tidak terleka yang akan menyebabkan kegagalan mencapai matlamat.



Aktiviti seterusnya adalah low rope memerlukan peserta melalui beberapa halangan di talian rendah. Supporter diperlukan memastikan keselamatan peserta yang sedang melakukannya terjamin. Didahului monkey bridge memerlukan keseimbangan badan dan fokus yang tinggi.



Halangan kedua pula, adalah rentangan dua tali selari memerlukan tangan dan kaki berpegang dan memijak hingga ke check point seterusnya.



Halangan ketiga adalah gantungan tayar, turut memerlukan kekuatan fizikal bagi memberi keseimbangan badan. Tayar yang bergoyang-goyang dan bergerak menyukarkan untuk melepasinya.



Halangan keempat pula adalah melepasi rentangan tangga berkayu yang agak mudah dilakukan. Malahan jikalau tersilap langkah pasti boleh terjatuh dibuatnya.



Halangan kelima adalah rentangan tali yang bersilang turut memberi cabaran untuk melepasinya.



Halangan keenam merupakan jambatan tali berbentuk U. Keseimbangan serta kekuatan fizikal dan mental tetap diperlukan bagi melepasi halangan terakhir ini.




Aktiviti bagi kumpulan lelaki pula melakukan obstacle course. Aktiviti berhalangan yang mempunyai pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Pertama yang paling mudah melepasi tangga kayu dari rendah ke paling tinggi dan lompat diakhirinya.



Halangan tangga kayu gergasi ini memerlukan peserta berhati-hati kerana ketinggiannya. Melepasi diri antara kedua belah kayu yang merentangi itu nampak mudah.



Seterusnya melepasi titi yang pelbagai ketinggian memerlukan keberanian dan keyakinan diri yang tinggi. Jika gayat bolehlah duduk dan mengensot sahaja diatas palang itu.




Titi hayun ini pula memerlukan dua orang melakukanya dengan serentak. Silap haribulan diri boleh jatuh, jikalau ke kayu lagilah sakit dibuatnya kerana kayu itu sentiasa bergerak-gerak.




Comando crawl adalah sangat menyeronokkan bagi peserta lelaki. Merangka mengharungi air yang diatasnya terdapat kawat berduri yang sangat merbahaya. Semua melepasinya dengan berhati-hati sehingga terdapat yang menyelam kegembiraan.



Selepas berendam, halangan berbukit pula ditempuhi.



Kemudian menggelonsor pula dengan mudah sekali. Begitulah kehidupan manusia ada naik dan turun, ada senang dan susahnya.



Kemudian tarzan swing lagi menguji kekuatan walaupun nampak mudah. Oleh kerana semua sudah basah jadi mereka tidak risau jika badan menyentuh air. Halangan seperti ini, perlu ditempuh jua walaupun tidak ingin menghadapinya.



Halangan tayar mengikut warna yang sama mudah sekali dipilih. Silap langkah dalam membuat keputusan pasti mendatangkan risiko. Kadangkala perlu berani membuat pilihan dan menghadapi risiko yang mendatang.



Bergayut pula memerlukan kekuatan tangan. Jikalau berfikir ia mudah untuk melakukannya ternyata silap apabila telah melaluinya. Ramai yang gagal melepasinya kerana terlalu mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebenarnya kesabaran dan tumpuan boleh mengatasi sebarang halangan hidup.



Ninja step memilih tunggul kayu yang sama warnanya. Sekali lagi membuat keputusan dan pilihan yang tepat amat diperlukan untuk mengelakkan diri dari terjatuh. Percaya dan yakin diri boleh melakukan pasti mendatangkan hasil yang baik untuk mencapai matlamat.


Halangan kecil bagi yang tidak ambil berat mungkin nampak mudah. Hakikat sebenarnya besar ataupun kecil halangan itu perlulah bijak bertindak untuk mengatasinya dengan jaya.



Akhir sekali melepasi tembok yang agak rendah terpaksa jua dilepasi dengan adanya bantuan rakan. Kadangkala, untuk melepasi ujian juga memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain. Kerjasama sama berpasukan penting dalam mengharungi pelbagai halangan dalam organisasi atau pasukan.



Monitor V38

Jam 11.45 malam 17 November 2015 aku QRV V38 sambil menyiapkan tugasan rutin dibase. Kedengaran audio 9W2OTX sedang QSO bersama 9W2OZU.

Aku hanya kedengaran audio Azman 9W2OTX sahaja readbility 5/9  manakala audio 9W2OZU Zulhaswadinata tidak dapat kedengaran namun sesekali audionya mencelah semasa QSO berlangsung.

Selepas jam 12.35 tgh malam kedengaran pula audio 9W2PIO mencuba mencelah. Terima audionya readability 4/8 boleh dicopy dengan baik.

Sehingga jam 1 pagi mereka masih bersembang lagi. Aku hanya monitor sahaja pada kali ini.

73, Jojet de 9W2DYA


Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...