Menggunakan aplikasi Runkeeper untuk merekod data sepanjang larian. Merujuk rekod data jarak larian denai pada hari ini adalah sejauh 12.96km dengan catatan masa 2 jam 5 minit.
Trek larian yang disediakan oleh pihak penganjur sangat mencabar kepada semua peserta. Laluan kebun getah dan kelapa sawit serta hutan belukar dan melalui kebun-kebun sayur sangat menyeronokkan.
Keratan rentas di bawah menunjukkan pace serta elevation sepanjang larian. Bermula dengan ketinggian 60 meter dari aras laut hingga mencapai titik tinggi 263m. Elevation climb untuk larian kali adalah 489m. Ada empat kali bukit telah didaki memang sangat memeritkan. Pemandangan sewaktu di puncak bukit amat mempersonakan dapatlah menghilangkan lelah seketika.
Kebanyakkan trek yang dipilih memasuki kebun getah sebelum keluar semula ke jalan utama. 95% trek adalah trail dan hanya 5% adalah tarmac. Jadi, tidak hairanlah ramai pelari telah memilih kasut yang sesuai untuk trail run. Stesen minuman turut disediakan penganjur untuk peserta membasah tekak serta menghilangkan dahaga.
Menggunakan race belt dengan 2 botol berjumlah 900ml dapat mengelakkan dari dehidrat. Tanpa bergantung harapan stesen air dari penganjur yang terhad. Keperluan air peribadi menguntungkan dapat menggantikan air yang hilang dengan kadar segera.
Selalunya air diteguk selepas mendaki bukit yang memenatkan. Ia secara tidak langsung memberi motivasi untuk meneruskan larian hingga ke garisan penamat.
Namun, setelah sampai ke garisan penamat memberi sejuta kepuasan. Medal ketiga untuk tahun ini berjaya diperolehi untuk trail run.
credit Yatt Mansur |
73 Jojet de 9W2DYA
No comments:
Post a Comment