Memandu dari Bangi ke Sri Hartamas pada hari sabtu pagi amat mudah kerana kurang kenderaan. Tibapun lagi sepuluh minit program hendak dimulakan. Sampai sahaja terus parkir kereta dan terus menyarung kasut Brooks Cascadia kegemaranku untuk trail.
Sesi memanaskan badan dimulakan terlebih dahulu sebelum aktiviti berjalan. Pelari yang mengendalikan program ini adalah
Runners' Profile:
1. Muhammad Nazir Fadzil @ Boojae
2. Daniel Chow Wai Keen
3. Puteri Norsharina Bt Abd Aziz
4. Zool Helmy Md Zin
5. Esther Yeam
1. Muhammad Nazir Fadzil @ Boojae
2. Daniel Chow Wai Keen
3. Puteri Norsharina Bt Abd Aziz
4. Zool Helmy Md Zin
5. Esther Yeam
Trail yang digunakan pada pagi tadi adalah Bukit Sri Hartamas. Laluan di hadapan SMK Sri Hartamas berlari sebelah Kerinchi Link hingga ke papan tanda Sri Hartamas. Kemudian masuk ke trek di dalam hutan hinggalah bertemu pagar di Talian voltan tinggi TNB.
Berlari di laluan landai selepas pagar hinggalah bertemu tarmac berhenti seketika untuk memeriksa semua peserta tiba.
Kawasan hijau Bukit Kiara merupakan peninggalan kawasan ladang getah yang telah menjadi hutan. Masih kelihatan pokok getah ketika berlari. Terdapat juga anak sungai mengalir jernih ketika melintasi sambil berlari. Titi dibina bagi memudahkan melintas anak sungai.
Trek di Bukit Kiara turut digunakan oleh penunggang mountain bike. Batu-batu disusun cantik memudahkan laluan bagi pengayuh. Bagi pelari pula, tiada masalah untuk mendaki dilaluan tersebut.
Ramai ekspetariat melakukan aktiviti kecergasan seperti mountain bike dan trail run di sini.
Merujuk kepada data Runkeeper, jarak yang telah direkodkan adalah sejauh 6.15km. Terdapat masalah teknikal menyebabkan ia telah berhenti merekod sebelum di tempat yang sepatutnya iaitu ditempat permulaan semula. Namun perbezaannya tidaklah terlalu ketara. Masa yang dicatatkan adalah 1jam 22 minit 17 saat. Pace larian adalah 13:23
Elevation gain adalah 219m. Puncak tertinggi direkodkan adalah 210m.
Selepas semua tiba tempat permulaan, sesi menyejukkan badan dilakukan. Regangan dan teknik pernafasan ditekankan. Sesi berkongsi pengalaman pelari turut diadakan. Maklumlah minggu lepas Janda Baik Ultra telah diadakan dan tips-tips yang baik dari pemenang dapat dikongsi bersama. Sesi bergambar terakhir untuk kenangan diadakan sebelum semua pelari pulang dengan kepuasan.
73, Jojet de 9W2DYA
No comments:
Post a Comment