Perigi Tujuh dan Air Terjun Serendah


Serendah Eco Run 2018 berlangsung pagi tadi di Perigi Tujuh, Serendah. Lebih 600 peserta berjaya mendaftar untuk menyertai Larian Lestari Serendah 2018



Perigi tujuh merupakan empangan yang menyalurkan air di kolam tadahan keluar menerusi tujuh lubang atau perigi ke saluran bawah dan terus keluar ke kolam di bawah melalui saluran lubang itu.


Lima daripada tujuh perigi itu, pengaliran air sangat banyak menunjukkan jumlah isipadu air sewaktu itu, Jikalau kolam aras lebih tinggi dan isipadu banyak pasti ketujuh-tujuh perigi itu, dimasuki air.


Cuaca pagi sangat baik, malangnya tidak dapat turut serta kerana telah terlewat bergerak dari Bangi ke Serendah. Hanya ambil goodies bag yang berisi nombor larian dan sehelai T-shirts serta satu botol air. Memang berbaloi kerana yuran penyertaan sejumlah RM35.00 sahaja berbanding pertandingan yang lain hampir RM100.00 rata-ratanya. Hadiah cabutan bertuah juga menarik serta banyak hamper. Tetapi tak tunggu hingga majlis hadiah dipanggil kerana ke Air Terjun Serendah bagi menikmati keindahannya.


Sebelum ke air terjun perut mestilah dialas terlebih dahulu. Gerai ditepi jalan berhampiran kawasan hijau atau padang menjadi pilihanku. Pesan roti telur yang ada bawang dengan teh tarik memang menarik apabila perut sudah lapar. Sambil itu 9W2DYA-10 diaktifkan untuk menentukan QTH terkini. Barulah tahu ke mana arah air terjun.


Sebelum itu, telah menanyakan lokasi air terjun kepada marshall yang bertugas. Menurutnya boleh berkereta ke sana. Rupanya agak jauh juga lokasinya melalui perkampungan orang Asli.


Simpang ke air terjun berhampiran atau bertentangan dengan Perigi Tujuh. Laluan sehala dilalui dengan penuh berhati-hati memandang jalan yang sempit serta berliku-liku. Lebih-lebih lagi melalui kawasan penempatan di kiri dan kanan jalan.


Tiba dipenghujung jalan melalui jambatan besi disambut oleh penjaga parkir. Bayaran masuk RM1.00 untuk meletak kereta di situ.


Banyak kemudahan yang disediakan di kawasan perkelahan Air Terjun Serendah. Gerai makanan dan minuman, tempat berehat, taman permainan kanak-kanak serta tandas. Tapak perkhemahan turut disediakan.


Oleh kerana tidak dapat menyertai larian, ambil keputusan untuk menyusur laluan ke atas untuk menikmati lagi air terjun di sana. Menurut penjaga tadi bahagian atas, terdapat lebih banyak air terjun yang lebih menarik.

Aplikasi Runkeeper diaktifkan untuk aktiviti hiking, namun bateri henpon semakin kekurangan tenaga. Namun gunakan sejauh mana kemampuan untuk berfungsi.


Berbekalkan dua botol air yang diletakkan dipinggang, terus berjalan menyusuri laluan bebatu kelikir. Jikalau ada pacuan empat roda pasti tiada masalah untuk melaluinya. Perjalanan terus mendaki disamping kelihatan air terjun serta jeram yang menarik untuk aktiviti mandi-manda.


Mampu berjalan sehingga 1.2km sahaja dan kemudian berpatah balik. Bateripun habis sebelum tiba ke tempat letak kereta semula.


Pengunjungpun semakin ramai mandi di air terjun Serendah. Lebih-lebih lagi sang mentari semakin meninggi. Berendam di bawah deruaan air terjun memang melegakan.


Terima 4 beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5

Petang ini berjaya menerima 4 beacon Satelit Lapan-A2 YB0X-1.


Tiga lagi beacon YB0X-1 pada lintasan seterusnya. Jumlah keseluruhan adalah 7 beacon pada hari ini.


Igate 9W2DYA-5 pada 3/11/18

Pagi ini Igate 9W2DYA-5 telah aktifkan. Beberapa stesen telah berjaya mendapat beaconnya. Antara stesen tersebuat adalah;

1. 9W2OPS-7
2. 9W2SQ-2
3. 9W2JEQ-1
4. 9W2RGH-9
5. 9M4RBC Genting
6. 9W2JDY-1 Kuantan
7. 9W2NMI-3 Kota Bharu
8. 9M4RHE-3 Melaka
9. 9W4GRV-1
10. 9M2CJ-9
11. 9W2WYK-9
12. 9M2AUR-9
13. 9W2YIE-9
14. 9M4RDG-3 Genting
15. 9M2TPT-8
16. 9M2NIA-9
17. 9W2DIE-8 Bentong



Sempat juga memantau pergerakan stesen 9W2OPS-7 yang bermobile di Bandar Seri Putra. Kelihatan dari Masjid Bandar Seri Putra ke Anjung Suasana. Kemudian berpatah balik keluar menuju ke Bukit Mahkota. Jam 11:00 meninggalkan Bandar Seri Putra dari Nilai. Pagi ini 30 packet 9W2OPS-7 peroleh dari Igate 9W2DYA-5.

Window pagi ini cantik sambung melalui 9M4RDG-3. Sebab itu dapat stesen dari luar lembah Klang. Bukit Lanjan turut sampai ke Bangi.

Jam 3:15 petang kelihatan digipeater Gunung Brinchang telah diaktifkan semula. Stesen 9M2CQC-7 kelihatan disitu untuk tugasan memeriksa radas. Jam 4:30 stesen 9M2CQC-9 telah turun dari Gunung Brinchang.

Jam 3:47 stesen HB9EZL sedang berlabuh di Pulau Kapalajernih, dekat Pulau Batam. Ini merupakan persinggahan terakhir di Indonesia sebelum meneruskan pelayaran ke Malaysia.

Digipeater 9M4RDG-6 turut diaktifkan kembali pada hari ini. Hasil stesen 9W2BWS yang berada di puncak Genting siang tadi.


73, Jojet de 9W2DYA

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...