Semalam berkesempatan berkunjung ke Kelab Tasik Putrajaya untuk mengikuti aktiviti 4th National Seaboree. Oleh kerana Putrajaya berhampiran dengan base station maka kesempatan ini tidak boleh dilepaskan.
Pelbagai aktiviti menarik berkaitan dengan Pengakap Laut diadakan. Ilmu maritime perlu ada dalam jiwa setiap ahli. Ini penting ketika melakukan aktiviti di air. Tanpa ilmu yang cukup, pasti kesukaran dalam menghadapi sebarang situasi.
Pemilihan lokasi perhimpunan yang ke-4 ini amat sesuai. Kelab Tasik Putrajaya mempunyai kemudahan yang lengkap bagi sukan air. Peralatan dan kemudahannya terkini dan lengkap seperti kayak, perahu layar, kenu, gimnasium, surau, pelantar serta restoran.
Peserta Seaboree ini, berkhemah di sebelah kelab iaitu Pangkalan Polis Marin. Hampir 500 peserta berkumpul pada kali ini, terdiri daripada Pengakap Laut seluruh negara. Mereka melakukan aktiviti mendapat ilmu dan pengalaman yang sangat berharga.
Khemah pameran dari Jabatan Laut, UniKL, ALAM turut mengambil bahagian pada Seaboree ini. Peserta boleh mendapat pengatahuan tentang peranan agensi serta kemudahan serta fungsi berkaitan dengan ilmu maritime.
Pasti khemah Komunikasi Radio Marin menjadi sasaranku. Komunikasi radio sangat penting kepada pengguna kenderaan laut. Kelihatan di meja terdapat dua radio shack serta antena magmount. Turut kelihatan beberapa hand-helds untuk kegunaan komunikasi bagi aktiviti ini. Keyer untuk morse code juga dipamerkan.
Ada rakan pemimpin yang sangat teruja melihat keyer itu. Ia biasa melihat di filem perang sewaktu tentera menggunakan isyarat morse code menghantar berita. Kemudian, Kevin 9M2KEV yang menjaga aktiviti di sini menunjukan dan memperdengarkan setiap bunyi mengikut abjad kepada beliau.
Walaupun ini bukannya contoh set radio marin, pendedahan terhadap peralatan seperti ini amat penting kepada pengetahuan peserta. Set radio seperti ini lebih luas penggunaan frekuensinya
Selain Kevin 9M2KEV, dua rakan yang ditemui di sini ialah Fauzan 9W2FOR dan Jaya 9W2BUG. Ketika aku tiba di sini, Kevin 9M2KEV sedang menerima berita dari setiap kapal yang terdiri daripada kumpulan peserta melakukan simulasi komunikasi radio kecemasan.
Setiap kumpulan dengan menggunakan hand-helds bergerak ke tempat yang disukai untuk melaporkan berita. Semangat kerjasama berkumpulan dapat ditonjolkan melalui perbincangan dalam simulasi ini. Mereka perlu mencari idea bagi melaporkan setiap perkara yang dikehendaki. Laporan perlulah jelas dan tepat agar berita dapat diterima dengan baik oleh pihak penerima berita di` Port'
Antena J-Pole turut dipacak di khemah Komunikasi Radio Marin.
Tidak ketinggalan juga, HF20A wire antena turut digunakan diikat di jajaran batang pokok sebelah khemah.
Fauzan 9W2FOR memberi taklimat tentang aktiviti simulasi radio kecemasan kepada peserta. Taklimat tentang perkara-perkara yang perlu disampaikan apabila mengalami situasi kecemasan berada di air. Contoh situasi kecemasan yang dijawab peserta adalah, kapal bocor, enjin rosak, kemalangan, kecederaan, terjatuh laut, kebakaran dan lain-lain lagi. Paling lucu diserang jerung.
Setiap ahli kumpulan harus memberi tumpuan sepenuhnya. Ini kerana maklumat setiap perkara adalah amat penting dalam melaporkan situasi kecemasan. Pelapor mestilah memberi maklumat tepat dan jelas. Tidak terlalu laju ketika menyampaikan berita dan serius serta tidak bermain-main.
Idea kreatif terpaksa digunakan bagi menggambarkan situasi dengan beberapa panduan yang perlu diikuti dalam menyampaikan berita. Pengetahuan membaca carta laut dan pengetahuan belajar disekolah turut dapat digunakan serta dipraktikkan.
Saluran 16 dalam radio Marin digunakan untuk membuat distress call. Frekuensi 156.800MHz
Antara perkara-perkara yang perlu disampaikan dalam situasi kecemasan di laut:
Sebut May Day sebanyak 3 kali terlebih dahulu.
1. Nama kapal atau bot sebut 3 kali
2. Posisi atau kedudukan
3. Nyatakan masalah yang berlaku
4. Jumlah atau bilangan di dalam kapal atau bot
5. Jenis kapal atau kenderaan
6. Keadaan persekitaran
7. Perancangan yang ingin dilakukan.
Selepas berjaya menghantar berita setiap kapal dalam kumpulan pulang ke `Port` semula untuk sesi debriefing. Kevin 9M2KEV mengulas semula aktiviti yang telah berlaku. Memaklumkan tentang perkara yang telah dilakukan oleh kumpulan tadi. Sesi ini penting bagi proses pembelajaran serta dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap kumpulan.
Bersebelahan khemah komunikasi radio marin adalah aktiviti penerangan peralatan selam skuba. Jurulatih bertauliah menerangkan setiap peralatan yang digunakan. Kelihatan dibelakang terdapat pokok itu antena wire direntangkan. Khemah-khemah yang banyak merupakan kawasan Pangkalan Polis Marin.
Khemah merah ini pula untuk aktiviti Alat Bantuan Apungan, Pengujian Kualiti Air, carta pelayaran dan Perubahan iklim.
Semua aktiviti ini dapat menambah pengetahuan baru kepada peserta.
Manakala, dilaluan joging yang dirimbuni pokok-pokok turut beberapa aktiviti dijalankan.
Peserta turut didedahkan dengan ilmu kod morse. Aktiviti ini biasanya ada ketika JOTA. Bagi yang biasa mengikuti JOTA pasti sudah terbiasa mendengar kod morse disampaikan. Bagi yang sudah mahir, pastikan akan menyertai pertandingan kod morse yang diadakan.
Kod morse sangat penting untuk dikuasai dan sangat berfaedah untuk kecemasan juga. Abjad A dit dah Abjad B Dah dit dit dit.
Bagi ingin menguasainya perlu biasa mendengar setiap bunyi abjad itu. Bukannya menghafal setiap bilangan dit dah itu. Kemahiran mendengar iramanya yang sepatutnya bagi seseorang menjadi mahir. Inilah perkongsian Kevin 9M2KEV sewaktu menunujukkan kepada rakan pemimpin tadi.
Kod morse digambarkan dalam bentuk abjad bagi memudahkan mengingatnya.
Satu lagi aktiviti menarik menggunakan sejenis alat tiupan. Setiap pagi alat ini ditiup diperdengarkan keseluruh kem.
Jurulatih terlebih dahulu menunjukkan bahagian-bahagian alat tersebut. Kemudian menunjukkan cara meniupnya serta memegangnya.
Jurulatih menunjukkan bunyi high note dan low note. Perbezaan bunyi dihasilkan melalui cara memegangnya.
Satu lagi aktiviti yang menarik perhatian adalah Sound Signal. Bunyi kapal ketika di pelabuhan atau di laut memberi makna tertentu.
Satu bentuk komunikasi yang baik untuk dipelajari oleh Pengakap Laut. Setiap bunyi adalah memberi arahan tertentu kepada yang menerimanya. Selepas jurulatih menunjuk beberapa contoh bunyi itu. Peserta kemudian turut mencubanya. Contoh kapal hala ke kiri atau ke kanan ada bunyi yang berbeza.
Seterusnya aktiviti Kod Fonetik yang digunakan secara standard di peringkat antarabangsa. Peserta mengingatkan setiap fonetik abjad dari abjad A hinggalah ke abjad Z. Zulu Alpha India Hotel Alpha Mike adalah kod fonetik untuk nama saya.
Kelihatan setiap peserta menghafal setiap fonetik untuk melengkapkan aktiviti ini. Seperti biasa selepas menyelesaikan segala tugasan atau aktiviti di setiap stesen. Kad aktiviti peserta akan dichop oleh pengendali stesen aktiviti tersebut.
Stesen terakhir di trek jogging yang menyamankan adalah Isyarat Bendera atau Semaphore. Turut sering dijalankan sewaktu JOTA.
Penggunaan bendera yang turut memberi maksud tertentu. Satu bentuk komunikasi yang harus dipelajari setiap Pengakap. Walaupun dunia semakin canggih dengan teknologi. Namun, ilmu dan pengetahuan bentuk-bentuk komunikasi seperti aktiviti yang dijalankan adalah sangat baik dan penting dipelajari.
Aktiviti air yang menjadi tumpuan peserta adalah kayak. Jurulatih akan menunjukkan terlebih dahulu teknik yang betul.
Kayak sit on top menjadi pilihan penganjur di Kelab Tasik Putrajaya.
Peserta pertandingan kayak berkayuh ke garisan permulaan. Menjadi tumpuan peserta setiap kali pertandingan diadakan. Ini dapat memeriahkan suasana Seaboree kali ini.
Suasana di gigi air dipenuhi peserta walaupun cuaca panas terik. Kelihatan dibelakang merupakan Masjid Putra. Peserta menunggu giliran untuk melakukan aktiviti seterusnya dengan penuh kesabaran.
Aktiviti melempar tali menyelamat amat harus dipelajari. Ini dapat menurankan lagi kes mati kelemasan di air. Mempelajari teknik menyelamat seperti ini dapat membantu saat kecemasan.
Mempelajari dari jurulatih bertauliah amat menguntungkan. Mereka adalah orang selayaknya menurunkan ilmu kepada peserta. Segala arahan perlu dipatuhi kerana aktiviti air sangat merbahaya.
Suasana tapak perkehamahan pada perhimpunan kali ini di Pangkalan Polis Marin Putrajaya. Tidak dilupa juga pasukan Bomba yang turut menjaga keselamatan setiap peserta bagi aktiviti air.
Sesungguhnya perhimpunan ini amat memberi banyak faedah dan pengalaman kepada setiap peserta. Aktiviti berpengakap sentiasa mengikuti arus zaman dan sentiasa mendapat perhatian pada setiap golongan umur.
Aktiviti Simulator kapal turut mendapat perhatian. Maklumlah zaman ict generasi sekarang terdedah dengan gajet-gajet dan perisian yang mencambah minda.
Selepas bersalaman dengan Fauzan 9W2FOR dan Kevin 9M2KEV. Memandu jelopi pulang ke base. Sepanjang perjalanan QSO bersama Pak Hasan 9W2CLA di V38 145.475MHz.
Jumpa dan Jumpa lagi.
73, Jojet de 9W2DYA