Belon Kuantan Radiosonde D22001498 dijumpai

Credit 9W2XOR

 Belon Kuantan radiosonde D22001498 jatuh malam tadi bertarikh 17 Ogos 2022 berjaya dicari oleh 9W2FVC dan SWL Faizal. Jatuh di Ulu Jempol pada malam tadi terus misi dilancarkan oleh kedua pemburu belon ini.

Credit 9W2XOR

Ia jatuh jam 21:29 malam pada koordinat 3.75244 darjah Utara dan 102.5982 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 146m dan ketinggian maksimum adalah 23,423m. Kedudukan belon drop -9.5m/s dan drag 1.6m/s. Stesen radiosonde 9W2XOR bekerja dengan baik menerima isyarat terakhir dengan altitud ketinggian 146m. Lagi rendah altitud lagi mudahlah hendak mencari peranti. Maksudnya semakin tepat lokasi pencarian dapat dijalankan.


Rakaman video oleh Fitri 9W2FVC saat-saat peranti ditemui. Isyarat masih lagi aktif memudahkan misi pencarian. Antena radio dicabut bagi mengesan kedudukan peranti berdasarkan kekuatan penerimaan. Semakin cekap dan mahir kedua pemburu belon menggunakan teknik ARDF. Peranti di sebalik rimbunan semak namun masih mampu memberi isyarat dengan baik.

Credit 9W2XOR

Keadaan bersemak tidak mematahkan semangat bagi kedua pemburu. Bergelap-gelita di tengah malam tidak langsung menakutkan selagi matlamat tidak dicapai. Inilah cabaran sebenar yang ditempuhi oleh pemburu belon. Onak dan duri sanggup diharungi bagi mencapai cita-cita.

Kerjasama berpasukan amat penting bagi memudahkan misi pencarian. Lebih baik berteman memandang dalam kawasan yang sangat bahaya seperti ini. Ia akan memberi risiko yang tinggi mendatangkan sebarang masalah jika secara bersendirian. 

Credit 9W2XOR

Hasil pencarian malam tadi dikumpulkan sebagi bahan bukti peranti telah sah dijumpai. Tahniah kepada kedua pemburu belon Fitri 9W2FVC dan SWL Faizal yang berani mengharungi kegelapan malam mencari belon radiosonde D22001498.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...