Sejak tiga hari yang lepas, stesen K6MRC-1 telah mula bergerak keluar dari Filipina. Mula tiba di Puerto Princesa pada 27 Julai yang lalu. Nampaknya program Pacific Partnership hanya di negara Filipina sahaja.
Pagi ini kelihatan kapal hospital ini sedang menghala ke Pulau Guam dan Pulau Mariana. Masih meneruskan pelayaran untuk pulang ke San Diego. Kelajuan 24km/h dengan bearing 80 darjah. Koordinat 11 darjah 50.45' Utara dan 134 darjah 08.14' Timur
21/8/2022
Jam 8:42 pagi masih meneruskan pelayaran ke arah Pulau Guam dan Pulau Mariana. Kelajuan 24km/j dengan bearing 81 darjah. Koordinat 12 darjah 35.94' Utara dan 139 darjah 04.55' Timur
24/8/2022
Jam 9:27 pagi stesen K6MRC bergerak arah selatan dari arah Pulau Guam. Tidak pasti ia singgah ke Pulau Guam atau tidak kerana tidak memantaunya. Pagi ini menunjukkan ia bergerak ke arah selatan bearing 174 darjah dengan kelajuan 24km/h. Arah selatan menunjukkan ke Papua New Guinea. Ketika ini berlayar di Kepulauan Caroline. Koordinat 9 darjah 07.52' Utara dan 144 darjah 51.29 Timur. K6MRC-1 berada di tenggara Faraulep Atoll. Atoll ini mempunyai tiga pulau kecil yang terdiri daripada Pulau Fuasubukoru, Pulau Nigaruyaru dan Pulau Eate. Pulau Eate tiada penempatan hanya tumbuhan liar kelihatan melalui peta satelit google. Dua pulau lagi ada banyak bangunan, kelihatan setiap pulau itu.
Jika dilihat melalui peta satelit google, pulau-pulau kecil dan atol ini merupakan puncak-puncak gunung dasar lautan. Tenggelam berjuta-juta tahun dahulu dan kini muncul di permukaan laut. Apabila aras laut semakin meningkat, pastilah puncak-puncak ini akan ditelan juga.
25/8/2022
Jam 9:06 pagi stesen K6MRC-1 telah bergerak arah tenggara bearing 133 darjah. Kelajuan kapal 6 km/h dan koordinat 4 darjah 56.01' Utara dan 147 darjah 48.52' Timur. Laluan atol yang terdekat adalah Kapingamarangi. Terdapat beberapa pulau-pulau kecil pada atol ini. Berikut nama-nama atol dan pulau adalah Toronghai, Rugureru, Linguman, Turuain, Papelo, Nunakitsu, Hukuniu, Paraka, Ueru, Touhu, Taarin, Pungupungu, Machiro, Matuketuke, Lamot, Tateng, Matahei, Hukuhenua, Hapepa, Tiba, Seetau, Niguat, Takairong, Tanawaka, Hare, Harekoro, Tiraku, Tiri, Tia, Toko, Terakaumea, Fumatahachi, dan Motokerekere.
Merujuk kepada nama-nama di atas terdapat perkataan bahasa Melayu. Nenek moyang kita merupakan pelaut yang terkemuka di dunia mampu merentasi laut beribu-ribu batu. Tidak hairan hingga kepulauan pasifik ini susur galur orang melayu dapat dilihat.
26/8/2022
Jam 9:46 pagi stesen K6MRC-1 telah berada di barat Kapingamarangi sejauh 328.6km. Kapal hospital ini bergerak 22km/h dengan bearing 137 darjah. Koordinat 1 darjah 09.15' Utara dan 151 darjah 50.17 Timur. Kekal pelayaran arah tenggara menunjukkan menuju ke Pulau Solomon.
Jam 8:50 pagi stesen K6MRC-1 telah berada berdekatan dengan New Ireland, Papua. Masih mengekalkan pelayaran mengarah ke tenggara. Jikalau kekal arah tenggara tanpa singgah di mana-mana pulau. Pasti kapal hospital ini menuju ke Fiji. Perlu melepasi Solomon dan Vanuatu sebelum tiba di Fiji.
Bergerak kekal kelajuan 22km/h dengan bearing 131 darjah. Koordinat 2 darjah 18.94' Selatan dan 155 darjah 32.95' Timur. Kapal ini telah melepasi garisan khatulistiwa. Kini berada di bahagian selatan garisan khatulistiwa.
28/8/2022
Jam 7:00 malam kapal hospital masih bergerak ke tenggara. Semakin menghampiri Pulau Solomon.
Pulau terdekat adalah Ndai sebelah tenggaranya. Pergerakan semakin ke arah selatan menghala Pulau Solomon.
Stesen K6MRC-1 kemungkinan memasuki antara Siota dan Malaita. Kita tunggu dan lihat ke mana arahnya? Bergerak 26km/h dengan bearing 168 darjah. Koordinat 7 darjah 51.25' Selatan dan 160 darjah 25.20' Timur.
Jam 10:27 malam telah memasuki Selat Indispensable menghala ke Pulau Solomon. Bergerak 24km/h dengan bearing 240 darjah.
29/8/2022
Ternyata pagi ini stesen K6MRC-1 telah berlabuh di Pulau Salomon.
Hampir lebih 10 hari pelayaran dari Filipina ke Pulau Salomon ini. Ternyata tekaanku benar belaka menjangkakan akan berlabuh di pulau ini. Misi Pacific Partnership seterusnya bagi kapal hospital ini.
Jam 7:03 pagi ini maklumat menunjukkan altitud ketinggian 39m sahaja. Ini menggambarkan sauh kapal telah dilepaskan ke dasar laut.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment