|
Credit 9W2DVZ |
Pada hari Khamis 11 Ogos 2022 telah dikesan dua belon radiosonde jenis RS92 SGP telah dilepaskan dari Kluang, Johor. Radiosonde J3133907 dan J3123296 dipercayai dilepaskan dari Kluang oleh pihak yang tidak dapat diketahui.
|
Credit 9W2DCW |
Pada hari kejadian 11 Ogos 2022 tersebut, Faizal 9W2DVZ telah berusaha mencari radiosonde RS92-SGP J3123296. Belon jatuh di Parit Sulong namun tidak berjaya ditemui walaupun isyarat masih lagi aktif hingga 4 petang. Jatuh jam 12:02 tengah hari pada altitud terakhir ketinggian 1450m. Ketinggian maksimum adalah 24,528m. Koordinat 1.93776 darjah Utara dan 102.88222 darjah Timur.
|
Credit 9M2ZAK |
Sememangnya menguji kekuatan fizikal dan mental bagi menyempurnakan misi. Setelah hampir dua jam Faizal 9W2DVZ mengangkat tangan tidak berjaya menjumpai radiosonde ini. Ia sememangnya ada di kawasan itu, memandang isyarat masih aktif ketika pencarian dijalankan. Senario ini biasa terjadi kepada kami yang memburu belon ini. Isyarat kedengaran namun ia tidak ditemui pastilah menghampakan harapan yang menggunung tinggi. |
Credit 9M2ZAK |
Percubaan kedua pula oleh Zaki 9M2ZAK telah dilancarkan semalam. Pagi-pagi lagi bergerak ke Parit Sulong dari Kulai. Pastilah menjadi harapan untuk mendapatkannya. Keyakinan tinggi kerana sememangnya radiosonde itu berada di situ. Cuma tiada rezeki untuk ditemui pada hari kejadian oleh Faizal 9W2DVZ. Zak 9M2ZAK mencari dikawasan hadapan lagi dari kawasan yang dicari oleh Faizal 9W2DVZ. Kawasan yang isyaratnya sangat kuat yang dikesan oleh Faizal 9W2DVZ. |
Credit 9M2ZAK |
Alhamdulillah, akhirnya radiosonde yang dicari telah dijumpai di kawasan kebun kelapa sawit. Jatuh di kawasan semak dengan antena QFH tertonggeng menyebabkan koordinat yang tepat tidak dapat dikesan oleh radas rdzTTGOsonde dan raspi Faizal 9W2DVZ. |
Credit 9M2ZAK |
Kejayaan ini menambah koleksi kepada empat jenis radiosonde telah berjaya ditemui. Empat jenis radiosonde berjaya ditemui setakat ini adalah DFM17, IMS100, RS41 dan RS92 SGP. Jumlah keseluruhan radiosonde yang ditemui adalah 152 unit.
|
Credit 9M2ZAK |
Koordinat radiosonde RS92-SGP J3123296 yang dicerap oleh jam Garmin Zak 9M2ZAK. Merujuk kepada peta google jarak dari titik akhir ke lokasi yang ditemui adalah 450m untuk altitud ketinggian terakhir 1450m. Model ini hanya mengunakan belon semata seperti DFM17. Perantinya kelihatan lebih berat berbanding dengan DFM17. Menurut sumber kos untuk model ini adalah RM1800 berbanding jenis DFM17 adalah RM750 sahaja. Keluaran Vaisala yang terbaik menyebabkan kospun tinggi. Namun, setiap model ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Paling penting data yang dicerap adalah tepat untuk kegunaan pihak terbabit.
|
Credit 9M2ZAK |
SWL Akmal bersama tuan punya tanah yang turut bergambar kenangan bersama peranti. Paling seronok juga mendapat bantuan tuan tanah atau pekerja di lokasi pencarian. Ini sangat membantu kerana ia merupakan kawasan mereka. Segala sudut dan tempat pastilah sangat mahir untuk diterokai dengan bantuan mereka.
|
Credit 9M2ZAK |
Radisonde RS92-SGP J3123296 dalam genggaman menambah koleksi Zak 9M2ZAK. Beliau adalah satu-satunya yang memiliki keempat-empat model radiosonde yang berjaya ditemui.
|
Credit 9M2ZAK |
Bedah siasat telah dilakukan oleh Zak 9M2ZAK setelah tiba di base station. Boleh dilihat bateri yang digunakan. Bateri jenis AA sahaja menampung hingga 9 volt. Patutlah sehingga jam 4 petang isyarat masih dapat diterima lagi walaupun telah jatuh jam 12 tengah hari.
|
Credit 9M2ZAK |
Zak 9M2ZAK turut berjaya menghidupkan semula peranti ini. Jadi, masih boleh dihidupkan semula walaupun bateri asal telah habis.
|
Credit 9M2ZAK |
Akhir kata tahniah kepada Zaki 9M2ZAK, XYL, SWL Akmal serta Faizal 9W2DVZ dalam misi mencari dan menyelamat radiosonde RS92-SGP J3123296 di Parit Sulong. Penemuan ini menambah koleksi radiosonde dan pengetahuan kepada pemburu belon seperti kami. Pasti model ini menjadi buruan seterusnya dengan kelebihan yang ada.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment