Ingin bermesra dan bermain dengan Capybara? Boleh bermain di IOI Mall Damansara. Tempatnya di Just Pets Megastore aras satu.
Cuti Awal Muharam keesokan hari sempat ke Just Pets untuk bertemu dengan Capybara yang jinak. Pertama kali menjejak ke IOI Mall Damansara tidaklah terlalu sibuk seperti IOI City Mall.
Bayaran masuk dikenakan kepada dewasa dan kanak-kanak. Bertemu Capybara di Just Farm. Bayaran dewasa RM68 dan kanak-kanak RM58 sahaja. Kawasan dalam bangunan dan berpendingan hawa pastilah memberi pengalaman berbeza. Pendedahan kepada anak-anak urban yang tidak didedahkan dengan pelbagai haiwan. Maka, Just Farm tempat yang sangat sesuai memberi pengalaman sedemikian rupa.
Satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini adalah Just Cat. Tempat bermain dengan kucing domestik pasti menyeronokkan. Baka dari luar negara turut ada di sini untuk bermain-main. Bayaran masuk Just Cat adalah RM 48 untuk dewasa manakala kanak-kanak sebanyak RM38 sahaja.
Usai membuat pembayaran terus masuk ke dalam. Bahagian reptilia menyambuat kedatangan kami. Pelbagi spedies reptilia berada dalam bekas berkaca seperti akuarium. Damia tidak berminat dengan dunia haiwan ini. Terus bergerak menemui haiwan mamalia terlebih dahulu.
Ada empat ekor haiwan Alpaca pelbagai saiz dan warna menarik minat para pengunjung. Ramai yang menghulur makanan kepada empat ekor haiwan tersebut.