Eyeball bersama Hassan 9M2CLA


 Pagi ini berkesempatan bersalaman di daratan bersama Pak Hassan 9M2CLA. Sebelum itu memantau di jalur NESRAC. Kedengaran beberapa stesen sedang QSO. Salah satu stesen tersebut adalah Pak Hassan 9M2CLA. Setelah kedengaran beliau menyebut QTH ketika itu, tergerak hati untuk bertemu. Memandangkan juga memantau di APRS turut terpapar stesen 9M2CLA-7 telah berada di sana.


Lokasinya tidak jauh dari base station penulis. Seumur hidup tak pernahpun singgah ke Pasar Pagi Bukit Mahkota ini. Car boot sales Bukit Mahkota ini dua minggu sekali pagi ahad. Banyak barang-barang terpakai ada dijual di sini. Sebelum itu singgah petronas isi minyak terlebih dahulu. Menghampiri lokasi banyak kereta sudah ada di tepi jalan.


Inilah tracker LoRA 9M2CLA-7 menggunakan antena asal yang kontot sahaja. Namun, teknologi  lora membolehkan packet dihantar dengan jarak yang lebih jauh. Pak Hassan 9M2CLA sering kali membawa tracker ini sambil sangkut di pinggang sahaja. Keadaan demikian tetap packet boleh di hantar ke Igate atau digipeater   berhampiran. Tracker penulis 9W2DYA-6 digunakan semasa memandu  dan di letak  dalam kereta sahaja.


Masa tiba di gerai Pak Hassan 9M2CLA macam tak cam sangat orangnya. Namun oleh kerana jelopi mempunyai antena sudah pastilah itu orangnya. Handheld dengan antena panjang mengesahkan lagi rakan ham tersebut. Pak Hassan pun ingat-ingat lupa pada penulis. Maklumlah jumpa sekali-sekala yang agak lama pasti tak cam wajah. Rakan ham V38 Putrajaya pun sudah tidak aktif seperti dahulu. Banyak perkara juga kami bualkan tentang radio.


Rupanya handheld Pak Hassan QRV frekuensi Nesrac dan 9M4RPJ. Kira-kira jam 10:11 pagi kedengaran audio Pak Wan 9W2WAM sedang memanggil-manggil di pengulang 9M4RPJ. Tanpa berlengah Pak Hassan terus cuba menjawab panggilan tersebut. Pada permulaannya Pak Wan 9W2WAM tidak dapat menerima audio Pak Hassan 9M2CLA dengan baik. Setelah mengubah kedudukan dan arah antena, barulah Pak Wan 9W2WAM menerima audio dengan baik.

Walaupun sekadar handheld, dengan bantuan antena yang panjang itu sudah pastilah dapat mencapai mana-mana pengulang. Menurut Pak Hassan 9M2CLA, handheld ini perlu sentiasa dibawa. Kalau tak dibawa pasti rasa sesuatu yang tertinggal. Itulah jiwa radio amatur yang telah menebal dalam diri Pak Hassan 9M2CLA.


Mana-mana rakan hendak jumpa bersalaman dan eyeball boleh datang pasar pagi Bukit Mahkota. Gerainya bersebelahan simpang tiga lampu isyarat menghadap kolam JPS Bukit Mahkota. Car boot sales Bukit Mahkota ini dibuka dua minggu sekali pada pagi ahad sehingga 1:00 petang.

Terima kasih kepada Pak Hassan 9M2CLA yang sudi eyeball seketika walaupun dalam mode tugasan. Semoga terus maju dalam perniagaan ini.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Eyeball bersama Hassan 9M2CLA

  Pagi ini berkesempatan bersalaman di daratan bersama Pak Hassan 9M2CLA. Sebelum itu memantau di jalur NESRAC. Kedengaran beberapa stesen s...