Basikal Bukit MDHS 2009

Info trafik dari KOSMO Selasa 27 Oktober 2009.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan kerjasam CYFORA dan Tourism Selangor akan menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Raja Bukit Selangor 2009.
Ia akan bermula di Jalan Merdeka Kuala Kubu Bharu pada 1 November ini dan berakhir di Gap, Fraser Hill.
Program tersebut dianjurkan khusus untuk mempromosi serta membudayakan aktiviti berbasikal di Hulu Selangor di samping memperkenalkan Kuala Kubu Bharu sebagai prasarana kegiatan sukan dan rekreasi berbasikal yang menarik. Ia terbuka kepada semua pembayar cukai MDHS dan yuran penyertaan RM50 adalah dikecualikan.
Mereka (pembayar cukai) hanya perlu mendaftar dengan membawa resit bayaran cukai.
Hadiah menarik disediakan kepada pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh menghubungi talian 03-60641331/60641432/60643085 atau 010-2007384 atau emel junainah@mdhs.gov.my.

Peluang terbaik untuk rakan ham yang suka berkayuh. Mesti menarik mendaki hingga ke Gap yang merupakan simpang ke Bukit Fraser tempat peranginan yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang masih lagi kekal keasliannya. Dari Kuala Kubu hingga ke Gap memang menjadi tumpuan penggiat rekreasi menjalankan pelbagai aktiviti lasak. Sememangnya berbasikal menjadi tumpuan sepanjang jalan ke Bukit Fraser ini. Sungai Selangor yang berarus deras menjadi tumpuan aktiviti arus deras seperti berakit dan berkayak kerana jika hari hujan arusnya hingga ke level yang lebih tinggi lagi. Tapi jika musim kemarau airnya kurang menarik mungkin lebih banyak tersangkut di atas-atas batu di jeram-jeram terutama di Peretak. Satu lagi tempat menarik di Air terjun Sungai Chilling yang menjadi tumpuan kerana air terjunnya yang cantik walaupun beberapa tragedi pernah berlaku di sini akibat limpahan air yang tinggi.
Bagi pendaki pula di Gap terdapat gunung yang boleh di tawan iaitu Gunung Semangkok Gap dan Gunung Hulu Semangkok. Terdapat berut di setiap puncak gunung ini. Dari puncak boleh melihat pemandangan Fraser Hill. Treknya bermula di belakang rumah Rehat Gap di kawasan rumpun buluh. Selain itu, terdapat juga Bukit Kutu yang dikatakan menjadi pusat peranginan pertama oleh penjajah dahulu sebelum bertukar ke Bukit Fraser. Jadi banyak pilihan untuk diteroka di daerah Kuala Kubu ini.9w2dya.

Juliet Oscar Juliet Echo Tango

Nickname yang dipakai di sekolah dulu. Ingatkan tak mahu pakai masa belajar di Universiti tetapi ada kawan sekolahpun sama belajar jadi gunalah nama tu dengan kawan-kawan kerana dia dah panggil nama itu. Jojet nama panggilan kawan-kawan rasa nak gunalah di dunia radio amatur ni.Masa zaman sekolah dulu apabila kemuncak kepada aktiviti rakan muda dulu, aktiflah ikut diperingakat daerah. Mana sahaja ada program ikut hendak cari pengalaman. Bila sambung belajar minat terhadap aktiviti luar diteruskan melalui Kelab Rekreasi Uitm sebelum tu Itm di Shah Alam Kresma singkatannya. Setiap kali ada program jika berkesempatan bolehlah pergi, itu tak termasuk underground punya projek.Seronoklah pengalaman masa belajar. Bila sambung degree aktif pula dengan Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) antara pelopor pada persatuan ini. Penekanan kepada soft skill dan experiential learning. Menjadi Fasilitator kepada aktiviti outdoor untuk kursus di Fakulti atas khidmat yang diperlukan oleh pensyarah.Inipun pengalaman yang berharga yang dapat membentuk ketrampilan dan daya saing kepada mahasiswanya.Bila dah kerja ni kurang sikit aktifnya maklumlah banyak tugasan hendak dilakukan.9w2dya

Welcome DL1BNO to Malaysia

Hari ini lebih kurang 10.50 pagi ketika monitor di jalur transnasional astra terdengar rakan ham qso bersama rakan ham kita dari Germany DL1BNO maritime mobile di langkawi. DL1BNO handle by Bernd Nordemann sedang berada di Royal Langkawi Yatch Club rasa-rasanya dekat dengan Jeti Point tu. Dia parking kapal layar yang bernama Twin Magic sedang dalam pelayaran di sekitar Thailand dan Malaysia diinfokan.Rasanya ada 3 orang rakan ham qso bersamanya. Pertama tu saya lupa callsign yang berada di Port Klang kedengarannya. Manakala 9m2get di Perlis qso lebih dekat dengan langkawi dan pancaran amat jelas dan 9w2eff di Kilo Lima juga qso bersama bernd.
Welcome mr Bernd we hope your enjoy stayed in Langkawi Geopark and have a nice to meet our ham comunity here in Malaysia.9w2dya

Map Reading ADARC47

Alam Damai Amateur Radio Community V47 akan mengadakan aktiviti map reading pada 14 hingga 15 November 2009 di kawasan Pejabat Renjer Jabatan Perhutanan Gunung Nuang Hulu Langat. Bayaran adalah RM60. Maklumat lanjut di adarc47.blogspot.com
Menarik aktiviti ini, selain membaca kompas dan pandu arah kita juga boleh belajar tentang ikhtiar hidup dan juga DXing. Bukan mudah hendak dapat peluang ini lebih-lebih lagi diajar oleh orang yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman seperti penunjuk arah dari Rejimen Renjer Diraja dan senior Pathfinder PDRM. Jadi bolehlah menambah lagi pengalaman dalam ilmu navigasi ini.Walaupun selalu juga membuat aktiviti trekking, perlulah juga belajar tentang ilmu navigasi supaya menjadi bekalan agar kita tidak mudah tersesat atau tersasar laluan yang hendak ditujui. Ditambah pula menggunakan peta yang sememangnya terhad penggunaannya, bolehlah kita meneroka di kawasan persekitaran kaki gunung ini.Kini teknologi yang semakin pantas , namun ilmu tentang navigasi masih perlu dikuasai jikalau teknolgi tinggi itu tidak dapat berfungsi dengan baik.9w2dya

Persaudaraan di udara

Mesej yang selalu disebut-sebut dikalangan rakan ham. Bertemu di udara dan didaratan. Rakan ham bersaudara di mana-mana anda berada. Itulah kenyataannya. Oleh itu, dapatlah kita berqso dan bereyeballdi mana-mana berkesempatan. Jadi dalam dunia ham ini kita dapat berkomunikasi di mana-mana rakan di dunia tanpa batasan mengikut kemampuan dan kelangkapan peralatan radas kita. Oleh itu, sama-sama kita menggunakannya dengan bijak sana dan saling hormat-menghormati diantara satu sama lain. Bagi memeriahkan lagi hobi yang menarik ini.9w2dya

Salam Contact Perdana

Akhirnya dapat juga aku berqso pagi tadi buat pertama kalinya di jalur nesrac. Ingatkan tak boleh rupanya disambut oleh 9w2vvo yang sedang bermobile ke saltmine dalam keadaan hujan di pagi tadi. Lepas ni bertambah semangatlah aku untuk terus mencuba di jaluran yang lain pula dengan menggunakan handy sender yang ada. Selama ini hanya bermonitor dan belajar bagaimana nak berqso, itulah pentingnya kita bermonitor dulu.Terima kasih 9w2vvo walaupun beberapa over sahaja. 9w2dya.

Takziah kepada rakan ham 9w2izn

Berita kebajikan melaporkan bahawa ayahanda kepada rakan ham kita 9w2izn telah kembali kerahmahtullah dan akan bersemadi selepas asar pada hari ini. Rakan ham yang berhampiran dan berkesempatan bolehlah memberi penghormatan terakhir di Kg Padang Biru, Perlis. Semoga keluarga En Shurizan Hamid dapat bersabar atas orang yang dikasihi ini. Bersama kita berdoa agar rohnya ditempatkan dalam aman. 9w2dya

Rakan ham 9w2oku kemalangan

Semalam rakan ham kita 9w2oku telah kemalangan pada hari sebelumnya, telah selamat dibedah akibat kemalangan motorsikalnya. Berita melaporkan bahawa beliau berada di wad 3, katil 3A Hospital Putrajaya. Mana-mana rakan ham yang tinggal di lembah klang bolehlah melawat rakan kita ini.Waktu melawat adalah jam 12 tgh hingga 2 ptg dan 4 ptg hingga 8 mlm. Sama-samalah kita berdoa agar Haji cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.9w2dya

Majlis sambutan Aidilfitri pada 10 Oktober 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran bersama 9w2 tha dan Astra Selangor dan Kuala lumpur: jam 8.30pm tempat Lot 7460, Bt14, Bandar Bukit Puchong bersebelahan The Heron Condo. Calling Channel V38 145.4750mhz.

Rakan ham kita 9w2srk juga menjemput sambutan Aidilfitri dirumahnya beralamat No 12, Jalan 8/32C, Seksyen 8 43650 Bandar Baru Bangi dari jam 3 ptg hingga 12tghmalm.
Memang banyak jemputan untuk open house hari itu sahaja. Selamat Hari Raya. 9w2dya

Takziah kepada rakan ham 9w2whw

Takziah kepada rakan ham kita 9w2whw yang kehilangan harmonic semalam. Berita menyatakan telah selamat dikebumikan pada pagi tadi. Moga rohnya dalam aman dan dirahmati tuhan. Harap keluarga en Mohamad Hafizi b Mohd Yusoff dapat bersabar atas kehilangan orang tersayang.9w2dya

Pesta Konvokesyen UUM ke 22 2009

Tahniah pada adik ipar Leen yang graduate LLB (hons) di UUM yang lalu pada 3hb Oktober. Segala perit jerih berbayarlah apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Lepas ini bolehlah jadi Lawyer yang baik dengan cemerlang. Dengan kesempatan itu hanya dapat monitor di beberapa tempat sahaja. Semasa di rumah mak mentua di Bagan Serai dapat dengarlah rakan ham di Indonesia lupa frequensi. Bermalam di Grand hotel tingkat 6 dpat jalur 145.750mhz dapatlah dengar perbualan antara 9w2tjd bersama 9w2nlm. Selain itu jaluran 145.520mhz dan 145.530mhz di Alor Setar. Semasa hari konvokesyen terdengar juga rakan ham siam bersembang.Ntah apa ntah yang disembang, scan yang lain tak dapat maklumlah keliling hutan di UUM sintok tu. Manakala di Pantai Cenang Langkawai dengar 145.625mhz. Itu sahaja jlur dapat dikesan. 9w2dya

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...