Basikal Bukit MDHS 2009

Info trafik dari KOSMO Selasa 27 Oktober 2009.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan kerjasam CYFORA dan Tourism Selangor akan menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Raja Bukit Selangor 2009.
Ia akan bermula di Jalan Merdeka Kuala Kubu Bharu pada 1 November ini dan berakhir di Gap, Fraser Hill.
Program tersebut dianjurkan khusus untuk mempromosi serta membudayakan aktiviti berbasikal di Hulu Selangor di samping memperkenalkan Kuala Kubu Bharu sebagai prasarana kegiatan sukan dan rekreasi berbasikal yang menarik. Ia terbuka kepada semua pembayar cukai MDHS dan yuran penyertaan RM50 adalah dikecualikan.
Mereka (pembayar cukai) hanya perlu mendaftar dengan membawa resit bayaran cukai.
Hadiah menarik disediakan kepada pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh menghubungi talian 03-60641331/60641432/60643085 atau 010-2007384 atau emel junainah@mdhs.gov.my.

Peluang terbaik untuk rakan ham yang suka berkayuh. Mesti menarik mendaki hingga ke Gap yang merupakan simpang ke Bukit Fraser tempat peranginan yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang masih lagi kekal keasliannya. Dari Kuala Kubu hingga ke Gap memang menjadi tumpuan penggiat rekreasi menjalankan pelbagai aktiviti lasak. Sememangnya berbasikal menjadi tumpuan sepanjang jalan ke Bukit Fraser ini. Sungai Selangor yang berarus deras menjadi tumpuan aktiviti arus deras seperti berakit dan berkayak kerana jika hari hujan arusnya hingga ke level yang lebih tinggi lagi. Tapi jika musim kemarau airnya kurang menarik mungkin lebih banyak tersangkut di atas-atas batu di jeram-jeram terutama di Peretak. Satu lagi tempat menarik di Air terjun Sungai Chilling yang menjadi tumpuan kerana air terjunnya yang cantik walaupun beberapa tragedi pernah berlaku di sini akibat limpahan air yang tinggi.
Bagi pendaki pula di Gap terdapat gunung yang boleh di tawan iaitu Gunung Semangkok Gap dan Gunung Hulu Semangkok. Terdapat berut di setiap puncak gunung ini. Dari puncak boleh melihat pemandangan Fraser Hill. Treknya bermula di belakang rumah Rehat Gap di kawasan rumpun buluh. Selain itu, terdapat juga Bukit Kutu yang dikatakan menjadi pusat peranginan pertama oleh penjajah dahulu sebelum bertukar ke Bukit Fraser. Jadi banyak pilihan untuk diteroka di daerah Kuala Kubu ini.9w2dya.

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...