Bercuti di Genting Highlands

Pada 21 Disember yang lalu baru aku sempat bercuti selepas saltmine habis 20 haribulan. Sempena hari lahir xyl aku membawanya bercuti di peranginan Genting Highland ini. Sebelum bertolak sempat juga qso dengn Tok Uban 9W2OOA di base, trafik yang dimaklumkan bahawa rakan ADARC turut ke sana untuk membaiki reapeter Astra linking yang telah tidak berfungsi sejak lebih sebulan yang lalu. Aku terus ke Kereta kabel genting tetapi tak kusangka punyalah ramai orang sudah beratur untuk menaiki kereta kabel ke atas. Hampir satu jam dua puluh minit beratur tibalah giliran kami menaikinya. Lega rasanya bila dapat naik dan melihat pemandangan yang indah. Tiba dipuncak memang sejuk kedinginan dan terus ke First World Hotel untuk check-in. Nasib baik ada bilik kosong lagi walaupun fullhouse. Terpaksa menunggu lagi untuk check-in sebelum masuk kebilik dan terus berjalan-jalan selepas menyimpan barang. Cuaca di sana sejuk dan berkabus walaupun tak hujan. Pengunjung memang ramai kerana musim cuti sekolah. Malam tu jalan-jalan lagi dengan cuaca yang berkabus di puncak. Suhu mencecah 14 darjah selsius. Balik bilik aku monitor mana-mana audio yang dapat kedengaran melalui handy yang ada. Bilik di tingkat 14 di menara 2 menghadap ke Bentong.
Monitor 146.900MHz tak qsl frequensi mana kedengaran rakan 9W2FLX, 9W2ANK, 9W2TSG dan 9W2EOW kedengaran qth Mentakab, Bandar Jengka, Bukit Angin dan Temerloh. Mendengar rakan-rakan akan berkonvoi untuk RAE esoknya di Kuala Terengganu. Kemudian monitor 146.100MHz kedengaran rakan 9W2MMF, 9W2TTW dan 9W2TTV qso. Astra linking berfungsi semula monitor di 145.675MHz, 146.750MHz dan 147.925MHz.
Keesokanya 22 Disember merupakan RAE kedengaran rakan-rakan sibuk memberi sokongan kepada calon-calon semoga berjaya.
73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...