Malam propagation baik

Beberapa malam ini propagation sangat baik pada hari selasa malam rabu Nesrac mengadakan 2M net. ketika itu aku monitor di V27 kedengaran rakan QSO. Maklumlah aku hanya ada handy antena rubber duck sahaja. Sebabnya boleh menerima audio rakan--rakan. Kedengaran 9W2RDQ  Sufian di Salak Tinggi dan Abg Zamri 9W2ZBV di Seri Kembangan QSO terima audio sangat baik 5/9. Ketika itu kedengaran audio Pak Razif 9W2JQQ  masuk bergabung seketika mungkin mobile terima audio 4/8. Tetapi abg Lan di Pajam atau basenya di Semenyih tak QSL terima audio 3/8 berpasir dan kadangkala terlompat-lompat dan juga tidak dapat dicopy.
       Malam ini di jalur 145.3125MHz kedengaran audio 9W2BIM sangat baik 5/9 tak QSL QTH di mana.
        Pada 25 Ogos 2011 jam 11.50 malam kedengaran audio 9W2FWR abg Nua base di Semenyih sedang memanggil rakannya di V38 145.475MHz. Tetapi tidak ada response, maka aku cuba memanggil beliau alangkah gembiranya aku dia memberi maklum balas atas panggilan itu. Maka dapatlah salam contact kenal dan bersalaman di  udara. Rakan baru tetapi telah biasa QSO kerana biasa dengan radio komersial. Ada kelapangan bolehlah QSO lagi. Bercerita tentang radio komersial ini bagusnya rakan dapat belajar untuk mengenali dunia radio. Berdasarkan pemantauan yang dibuat di jalur-jalur komersial, ada juga rakan ham menggunakan jalur komerial ini. Rakan yang belum lulus RAE pula menjadikan radio komersial ini sebagai medan untuk pembelajaran untuk mendapat tiket lulus RAE. Jalur komersial juga menetapkan SOP QSO cara yang betul. Jadi, apabila telah biasa dengan cara yang betul untuk QSO maka apabila telah mendapat callsign mudahlah mereka ini QSO di jalur radio amatur 144.000MHz - 148.000MHz. Selain itu, pengetahuan tentang teknikal juga sangat bagus apabila bercerita tentang peralatan dan antena yang digunakan. Bezanya cuma mereka masih belum lulus RAE lagi. Rakan SWL ini, menyemarakkan lagi aktiviti radio dua hala di negara kita ini. Apabila telah lulus bertambahlah rakan ham dan bolehlah memancar di mana-mana jalur radio amatur.Tetapi mengapa kita perlu lesen untuk memancar

73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...