Sejarah wujudnya 9W


Merujuk kepada artikel   http://advanced-skynet.blogspot.com/2012/07/sejarah-yang-dilupakan.html

Pemegang lesen B iaitu 9W wujud pada tahun 1997. Ia telah diluluskan oleh Jabatan Telekom Malaysia pada ketika itu. Sementara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih belum diwujudkan lagi.

Tahukah anda bagaimana tercetus idea untuk mewujudkan lesen novice ini? Merujuk kepada penulis itu, ia adalah syor daripada 9M2AV Avatar Singh kemungkinan pada tahun 1982 ketika mesyuarat AJK Marts. Namun demikian, idea itu tidak mendapat sambutan.

Seterusnya diawal tahun 90-an, 9M2ZA, 9M2SS dan 9M2RS dan lain-lain telah membuat kertas kerja mengenai perkara ini (9W) dan menghantarnya kepada Jabatan Telekom Malaysia.

Kertas kerja itu berharap mana-mana individu yang lulus ujian RAE boleh bekerja difrekuensi 6 meter, 2 meter, 70cm dan ke atas.

Namun beberapa tahun kemudian pihak Jabatan Telekom Malaysia memberi jawapan kelas B hanya boleh bekerja di frekuensi 144.600MHz sahaja.

Begitulah rentetan bagaimana sukarnya kita untuk mendapatkan frekuensi sepertimana yang kita dapat sekarang.

Jadi sebagai pemegang lesen B seharusnya berterima kasih kepada mereka yang bertungkus-lumus untuk memastikan wujudnya lesen B seperti sekarang. Jasamu sangat dikenang dan pengorbananmu tidak dapat dibalas dengan apa-apa kecuali ribuan dan jutaan terima kasih.

Generasi baru harus mengambil ikhtibar dan pengajaran bagi mencapai satu tujuan dan matlamat bagi mencapai cita-cita.

Jika anda ingin bekerja lebih jauh lagi belajarlah CW, walaupun negara-negara maju yang lain telahpun menghapuskannya. Usaha tangga kejayaan, siapa yang banyak berusaha pasti ia mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Tiada perkara yang datang bergolek. Semuanya perlu dicari dan digali bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman.

Sekali lagi kita perlu menghargai veteran RA yang berpengalaman dan banyak berjasa.

Kesinambungannya perlu dipikul oleh generasi baru bagi meneruskan perjuangan mereka agar RA terus berkembang di masa hadapan. Rasanya pemimpin-pemimpin MARL boleh berperanan dalam memperjuangankan hala tuju RA di masa depan.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...