Kejohanan Piala Menteri Pelajaran 1 Murid 1 Sukan kali Pertama Daerah Hulu Langat tahun 2012


Kejohanan yang dianjurkan oleh Unit Sukan PPD Hulu Langat telah berjaya dilaksanakan bagi sukan Futsal semalam 6 September 2012. Terdapat dua jenis sukan yang akan berlangsung minggu hadapan iaitu sukan Balapan dan Padang serta Bola Jaring 3 on 3.

Sukan futsal telah dijalankan di gelanggang futsal Jalan Broga Semenyih. SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras telah berjaya menjadi juara kejohanan sulung ini. Pasukan SMKBTHO2 telah mengalahkan SMAP Kajang 3-0.

Sebelum ke peringkat akhir SMKBTHO2 telah bertemu SMK Abdul Jalil, Hulu Langat dengan jaringan seri 1-1. Kemenangan berpihak kepada SMKBTHO2 apabila tendangan pinalti telah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol.

Pada peringkat awal SMKBTHO2 telah diundi dan diletakkan dalam kumpulan B, bersama SMK Dato Ahmad Razali, Ampang, SMAP Kajang dan Maahad Hamidiah, Kajang.

Ke semua perlawanan telah dimenangi oleh SMKBTHO2 tanpa balas.

Kejuaraan ini telah melayakkan SMKBTHO2 untuk mewakili daerah Hulu Langat di peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 13 dan 14 September 2012. Ia akan berlangsung di gelanggang futsal Bukit Raja, Klang.

Tahniah dan syabas kepada para pemain dan guru yang terlibat. Semoga boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik dan cemerlang di peringkat negeri pula.

Cheras Selatan to Semenyih


EveryTrail - Find hiking trails in California and beyond

Cheras Selatan to Semenyih at EveryTrail
EveryTrail - Find hiking trails in California and beyond

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...