Total Pageviews

Thursday, January 29, 2015

SMKBTHO2 menjuarai kumpulan Perempuan Bawah 15 tahun Merentas Desa MSSD Hulu Langat 2015

Pemenag bersama Pn Nor Habsah

Pn Nor Habsah menerima trofi Juara Kumpulan P2

Kakak Aimi Izatul Akma Naib Johan dan adik Aimi Aida Johan

bersama trofi Juara Kumpulan
Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat 2015 berlangsung pada 29 Januari 2015. Kejohanan berlangsung di PPD Hulu Langat Kajang. Laluan kejohanan melalui persekitaran kawasan Sungai Kantan.

Pasukan merentas desa SMKBTHO2 seperti biasanya menghantar pasukan untuk merebut kejuaraan mengikut kategori yang dipertandingkan.

Syukur pada tahun ini pasukan merentas desa sekolah telah berjaya menggondol kejuaraan kumpulan Perempuan bawah 15 tahun. Ini adalah hasil usaha pelari yang tidak pernah jemu berlatih demi mengharumkan nama sekolah. Mereka telah berlatih sepanjang minggu ini walaupun cuaca tidak mengizinkan.

Hasilnya Aimi Aida bt Ahmad Azam telah menjadi juara dan diikuti oleh kakaknya Aimi Izatul Akma mendapat naib juara. Selain itu dibantu oleh Catherine Ong Co mendapat tempat ke 22 dan Hazel Petrick mendapat tempat ke 28.

Tahniah kepada pelari merentas desa SMKBTHO2 yang memberi persembahan yang terbaik. Tidak dilupai juga kepada En. Asrul dan Pn Nor Habsah yang berjaya memimpin pelari menjadi yang terbaik.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment