Total Pageviews

Sunday, March 15, 2015

BH4BPO-5 kembara berbasikal dari Melaka ke China Shanghai

Hari ini merupakan hari terakhir BH4BPO Ringo berada di Malaysia semenjak di Melaka  4 Mac yang lalu. Terkini beliau menghala ke Padang Besar memasuki Thailand dan seterusnya pulang ke basenya di Shanghai.



Perjalanan dari Melaka ke Bandar Enstek dapat dirakam pada hari pertama 6 Mac 2015 melalui aprs.fi.


Melalui aprs kita dapat mengetahui kedudukan terkini beliau berada dan pada hari tersebut kedudukan terakhir berada di Bandar Enstek. Jadi kita dapat mengetahui bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk bermalam disitu.

Hari kedua  Sabtu 7 Mac 2015 beliau ke Teluk Panglima Garang melalui laluan 5.

credit 9W2VVH

Hari ketiga Ahad 8 Mac 2015 merupakan pertama kali beliau dipukat oleh rakan ham di Malaysia ketika menghala ke Sungai Besar. 9W2VMH Helmie berjaya bertemunya di Kuala Selangor hasil maklumat 9W2VVH Hussairy. Aku dan Cikgu Hussairy sering bertukar maklumat pada hari tersebut kerana ingin memukatnya di Sungai Besar bersama 9W2TZE Romzi.

credit 9W2VVH

Hasil pemantauan seharian akhirnya Cikgu Hussairy bersama Romzi berjaya bertemu Ringo di Sungai Besar. Mereka berdua menyambutnya dengan berbasikal juga. 9W2VVH-5 telah menukar ikon basikal untuk mengiringi BH4BPO-5

credit 9W2VVH
Ternyatalah radio amatur merapatkan hubungan persaudaraan tanpa mengira bangsa dan agama.

credit 9W2TZE
Hari keempat 9 Mac 2015 9W2VVH berjaya berjumpa BH4BPO buat kali terakhir selepas menjejaknya melalui aprs. Ternyatalah bahawa aprs sangat berguna untuk mengetahui kedudukan seseorang dengan tepat.

Cikgu Hussairy melaporkan perjalanan Ringo di dalam blog beliau http://9w2vvh.blogspot.com.

Kesan penulisan beliau telah berjaya menarik ramai lagi rakan radio mengaktifkan aprs. Ini satu perkembangan baik untuk aprs di Malaysia. Ramai rakan ham turut menunggu ketibaan Ringo dan bereyeball sepanjang perjalanan dan persinggahannya.

Merujuk catatan Cikgu Hussairy, hari ini adalah hari yang kesepuluh perjalanannya. Selepas ini beliau akan disambut oleh rakan ham Thailand pula.

2015-03-15 08:58:38 MYT: 9W2DYA-8>BH4BPO-5: today is lastdays in 9M land? see you again
2015-03-15 09:26:28 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: yes
2015-03-15 09:26:36 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: thank u again
2015-03-15 09:26:48 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: will leave Malaysia soon
2015-03-15 09:28:24 MYT: 9W2DYA-8>BH4BPO-5: save journey and be careful our HS ham also waiting u
2015-03-15 10:51:07 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: wow
2015-03-15 10:52:42 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: wow
2015-03-15 10:54:37 MYT: BH4BPO-5>9W2DYA-8: wow

Aku sempat menghantar teks melalui aprs kepada Ringo dan beliau membalasnya seperti di atas. Nampaknya beliau terkejut yang aku mengatakan bahawa rakan ham Thailand akan menyambutnya pula.

Jadi dengan aprs ini kita dapat mengetahui perjalanan beliau hinggalah ke Shanghai jika tiada masalah internet. Hasil pemantauan yang berterusan Ringo telah menyeberangi sempadan pada jam 12.05 tengahari. Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan ham Malaysia dalam komennya di aprs.

Tahniah juga kepada 9W2VVH Cikgu Hussairy yang membuat liputan perjalanan Ringo hingga kini.

73, Jojet, 9W2DYA



No comments:

Post a Comment