Kemeriahan APRS sempena cuti Tahun Baharu Cina

Cuti hujung minggu yang panjang Tahun Baharu Cina pada kali begitu meriah juga aktiviti APRS. Boleh dilihat kebanyakan tempat ramai telah mengaktifkanya.

Bantuan digipeater dari Bukit Bendera, Gunung Brinchang, Gunung Ulu Kali, Bukit Chincin, Bukit Sulai, Gunung Telapa Buruk, Gunung Ledang dan Gunung Pulai berjaya menghubungkan dari utara ke selatan dan ke timur Kuantan.

Jadi, menggunaka RF dalam aprs tidak ada masalah dengan adanya digipeater di puncak gunung. Liputan yang meluas membolehkan packet dapat diperolehi dengan mudah.

Banyak tempat baru telah berjaya dihubungi dengan adanya digipeater

Bentong ke Kuala Lipis hingga ke Merapoh boleh dihubung dengan 9M4RDG-3 dan 9M4RCH-3.

Selamat bercuti dan pandulah berhati-hati dan ingatlah orang tersayang.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Stesen BX3AES-10 berada di IOI Resort

  Kelihatan satu stesen dari Taiwan BX3AES-10 telah diaktifkan di IOI Resort. Nampaknya berjalan kaki dari hotel ke IOI Mall. Stesen BX3AES-...