SSTV 26 Ogos 2016 imej 4/12


Malam tadi jam 10 malam pada laluan pertama ISS, imej SSTV berjaya dirakam menggunakan aplikasi Robot36.
Jam 10:04 kedengaran audio SSTV menerjah ke dalam radio handy TH-UVF9 yang sangat baik 59.

Selepas itu, Robot36 mendekod dari bunyi bertukar kepada imej. Kadangkala audio yang dicapai itu seolah bunyi katak dan cengkerik.
Bagi ketahui ketepatan waktu ISS melalui ruang udara Malaysia aku menggunakan aplikasi Amsatdroid yang mudah dimuat turun dalam Play Store.

Aku menggunkan antena quaterwave groundplane yang meneruskan kecemerlangan apabila bekerja dengan ISS di frekuensi 145.800MHz


No comments:

Post a Comment

Pagi ini Jatuh di Morib

 Belon KLIA malam tadi pun telah jatuh ke darat. Radiosonde WxR-301D 2405015797 jatuh jam 20:58 malam bertarikh 18 November 2025. Namun, alt...