Monitor V38 dan QSO bersama 9W2OTX

Pagi ini sempat monitor di V38 di base station. Kedengaran signal report 5/9 pada stesen 9W2UGS, 9W2OTX, 9W2PIO dan satu stesen adalah 9W2OZU kira-kira jam 1.40 pagi.


9W2UGS di Bandar Baru Bangi manakala 9W2PIO di Presint 14 dan paling hampir adalah 9W2OTX di Sungai Merab.


Akhir QSO mereka aku mencuba menguji pancar dan dijawab oleh 9W2OTX yang hampir denganku. Beliau menerima signal report readability 3.


Aku hanya menggunakan handy TYT TH-UVF8 dengan bantuan antenna quarterwave groundplane. Menurut 9W2OTX diakhiri perbualan mereka berempat sering ke udara lewat pagi ini.


Terima kasih dapat menjawab panggilanku ada kelapangan boleh bertemu didaratan dan ke udara lagi.


73, Jojet de 9W2DYA

4 comments:

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...