FENOMENA AIR PASANG BESAR DAN BANJIR PANTAI 15 - 16 OKTOBER 2016

Pada 30 Sept 2016, MARES telah dijemput menghadiri taklimat dan perbincangan bersama agensi dan ngo lain berkenaan ramalan JUPEM berkenaan fenomena air pasang besar dan banjir pantai. Dari maklumat yang didapati, terdapat 4 kawasan utama di Selangor, Perak dan Kedah yang mungkin dilanda banjir kilat.
Selangor:
Tanjung Karang
Kg Tok Muda
Perak:
Bagan Datoh
Kedah:
Kuala Muda
Jangkaan air pasang besar sekitar 14, 15 dan 16 Oktober adalah jangkaan tinggi. NADMA dan Kerajaan Negeri dan pejabat-pejabat daerah yang terlibat dalam perancangan dan gerak kerja untuk mengambil langkah-langkah persiapan awal untuk menghadapi bencana akibat fenomena tersebut. Agensi-agensi penyelamat seperti Polis, Bomba, APM dan APMM juga bersedia untuk menghadapinya dengan pelan tindakan masing-masing.
Komunikasi :
Agensi-agensi yang terlibat akan menggunakan GiRN sebagai sistem komunikasi primary. Perkhidmatan radio amatur diminta untuk bersedia sekiranya diperlukan.
Adalah disarankan rakan-rakan radio amatur dapat bersedia sekiranya dipanggil untuk membantu.
Segala koordinasi persiapan bencana di kawasan yang terlibat diletakkan di bawah Pegawai Daerah masing-masing (selaku pengerusi ajk bencana daerah.
MARES akan dihubungi oleh NADMA melalui group whatsapp agensi/ngo yang dikelolakan oleh NADMA untuk membantu koordinasi komunikasi radio amatur. Oleh yang demikian, sekiranya rakan-rakan, kelab atau komuniti mempunyai masa kelapangan pada 14 - 16 Oktober untuk menjadi sukarelawan emcomm secara individu, atas nama kelab atau komuniti/grup masing-masing, sila whatsapp ke talian saya, 9w2fg 018.661.7037 atau 9w2fd 012.428.0696.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...